Tomato
RSS
Container Icon

Rainbow Swiss Chard

Swiss Chard adalah tanaman yang agak sukar ditanam pada awal pertumbuhannya.  Pada awal pertumbuhannya ia banyak memerlukan penjagaan dan manja.  Tapi bila cukup matang penjagaannya cukup mudah.  Siram dan letak baja.  Cara tuainya pula petik helaian daunnya.  Dan sayur ini hayatnya panjang.  Sepanjang pengalaman saya menanamnya, swiss chard lambat berbunga di iklim Malaysia.  Dan swiss chard yang pernah saya tanam tidak pernah sempat berbunga, bila dah tua ia akan mati.   Sayur ini sedap digoreng dan dibuat sup.  Cubalah tanam pasti berbaloi. Dibawah ini ada tiga peringkat Rainbow Swiss yang saya tanam di My Mix Garden. 








Swiss Chard berumur hampir tiga bulan.  Benih daripada Cameron Highland.  Saya ada satu warna sahaja.


Rainbow Swiss Chard daripada Robin Mundy ,  berumur dua bulan.  Old seed tahun 2010.  Kelebihannya benih ini telah lama dalam simpanan dan masih boleh bercambah dengan baik..  Biasanya saya tanam dalam tiga batang sahaja.  Benih yang tinggal tinggal dalam 10 biji sahaja dalam simpanan.  Masih berusaha supaya Swiss Chard ini berbunga.


Dan yang ini Rainbow Swiss daripada Kebun Bahagia Bersama.  Daun dan batangnya masih kecil lagi.   Baru dipindahkan daripada bekas semaian.  Berusia dalam tiga minggu. 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Awin said...

Saya ada sepokok swiss chard yg x brp nk besar. Kene ubah tempat kot. Swiss chard berbatang kuning tu menarik betul.

Ibu Qistina said...

kalo tanam banyak2 mesti cantik je kawasan kebun. :)

TukangKebun said...

Subur sungguh.
Biji benih Rainbow Chard memang tahan lama.

SriKota Garden said...

Masih mengharap Rainbow Chard berbunga.

SriKota Garden said...

Guna air kolam ikan untuk siram.

Unknown said...

Dimana boleh saya dapatkan benih swiss chard ni?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...