Tomato
RSS
Container Icon

Hill Country Heirloom Red Okra



Salah satu bendi kesukaanku  Hill Country Heirloom Red Okra.  Mempunyai ciri-ciri batang berwarna merah, rimbun dan boleh juga dikategorikan pokok saka.  Kerana bila sudah dicantas ia akan tertunas semula dan menghasilkan buah.   Bendi ini tahan dengan cuaca panas dan amat sesuai di tanam dinegara ini.




Pokok bendi ini sesuai di tanam pada jarak yang jauh, kerana pokok ini mempunyai banyak dahan. Lihat berbandingan dibawah apabila ditanam pada jarak yang jauh.  Sebatang sudah mencukupi.




Dan inilah hasilnya apabila bendi ini ditanam agak rapat. Pokok bendi ini hanya akan tumbuh meninggi jika ditanam rapat-rapat. Lihat buahnya berbanding dengan batangnya, besar kan.  Sebenarnya pokok dibawah ini tumbuh sendiri sebab itu ia tumbuh rapat-rapat.  Sekali dah tanam pokok ini akan kekal di kebun anda. 



Bunga berwarna kuning kemerahan.  Besar dan cantik dan akan berkembang pada waktu pagi dan layu pada lewat petang.




Bunganya terbentuk dipucukknya.



Mempunyai buah yang besar dan agak montel.  Setakat ini saya tak jumpa lagi jenis ni kat pasar.  Mungkin rakan blog ada yang menanamnya.  Warna buahnya hijau kemerahan.

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Dewberry / Amanita said...

Okra flowers are so beautiful, but I'd like to taste their fruits one day. I heard they're very tasty!

Mixed-family in da house.... said...

oowh kagum.....rasanya sama macam bendi biasa tu ker?

****teringin nak tanam...tuan blog sudi jual tak benihnya kepada saya?

TukangKebun said...

Cantik warna bunganya.

encik said...

salam...,kalau tidak keberatan,..nak minta beli juga yg ni..,nak bagi kat mertua....tq
encikbuku@gmail.com

SriKota Garden said...

Boleh tapi kena tunggu yang atas pokok tu masak dulu. Sebab bendi ini tumbuh merata tanpa perlu disemai, sebab tu saya tak simpan benihnya. Buahnya akan tersebar sendiri di keliling rumah.

Tiny gardener said...

Benih bendi ni ada lagi tak? Kalau ada, saya minta sikit.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...