Tomato
RSS
Container Icon

Harvest Sweet Bamboo Shoot and Hill Country Heirloon Okra

Hari ini membuat tinjauan di belakang rumah, dan hasilnya rebung madu telah mengeluarkan begitu banyak rebung, malahan ada yang telah menjadi buluh.  Sayang sekali.  Rebung madu cepat membesar ketika musim hujan.  Rebungnya hanya mengambil masa seminggu untuk membesar.  Jika lambat rebung akan membesar menjadi buluh.  Walaupun hanya serumpun sudah memadai untuk keperluan sendiri bahkan boleh diagih-agihkan kepada rakan-rakan.  terutama pada musim hujan.  Ia tidak memerlukan baja yang banyak. Setahun hanya sekali dua je saya membajanya.  Okra pada musim hujan banyak pula hasilnya. 







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hill Country Heirloom Red Okra



Salah satu bendi kesukaanku  Hill Country Heirloom Red Okra.  Mempunyai ciri-ciri batang berwarna merah, rimbun dan boleh juga dikategorikan pokok saka.  Kerana bila sudah dicantas ia akan tertunas semula dan menghasilkan buah.   Bendi ini tahan dengan cuaca panas dan amat sesuai di tanam dinegara ini.




Pokok bendi ini sesuai di tanam pada jarak yang jauh, kerana pokok ini mempunyai banyak dahan. Lihat berbandingan dibawah apabila ditanam pada jarak yang jauh.  Sebatang sudah mencukupi.




Dan inilah hasilnya apabila bendi ini ditanam agak rapat. Pokok bendi ini hanya akan tumbuh meninggi jika ditanam rapat-rapat. Lihat buahnya berbanding dengan batangnya, besar kan.  Sebenarnya pokok dibawah ini tumbuh sendiri sebab itu ia tumbuh rapat-rapat.  Sekali dah tanam pokok ini akan kekal di kebun anda. 



Bunga berwarna kuning kemerahan.  Besar dan cantik dan akan berkembang pada waktu pagi dan layu pada lewat petang.




Bunganya terbentuk dipucukknya.



Mempunyai buah yang besar dan agak montel.  Setakat ini saya tak jumpa lagi jenis ni kat pasar.  Mungkin rakan blog ada yang menanamnya.  Warna buahnya hijau kemerahan.

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Torch Ginger, Hill Country Heirloom Red Okra, Laksa Leaf dan Bird Chilies

Salam 1 Malaysia, apa khabar semua rakan blog.  Lama betul tak masuk blog sendiri.  Tukang kebun terlalu sibuk dengan tugas hakiki di sekolah dan juga di rumah.  Tuaian hari adalah ramuan untuk ' ikan Patin masak tempoyak'

Tuaian hari ini Torch Ginger, Hill Country Heirloom Red Okra, daun kesum dan sedikit cili padi.
Bunga kantan cukup banyak dituai.  Hajat dihati separuh hendak dibuat laksam dan separuh lagi untuk ramuan gulai ikan patin.  Bendi ini adalah bendi organik sudah beberapa generasi di tanam di My Mix Garden.  Cuaca terlalu panas, tukang kebun pula sibuk dan kurang sihat , jadi pokok tidak sempat dibaja, buahnya tidak lebat.  Daun kesum setangkai dua dan cukup untuk aromanya.  Tempoyaknya pula sememangnya dah ada di dalam peti sejuk.  Maklumlah orang nogori , musim durian mesti buat tempoyak. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...