Tomato
RSS
Container Icon

My Red Heirloom Okra

Tahun ni tanam sayur sampai tak sempat nak di tuai,  bukannya kerana jemu, tapi sebab sibuk.  Hari ni tengok masih kecil lagi, bila tengok sekali lagi dah tua. Aduh simpan je la kat pokok buat benih.  Seronoknya pokok ni tahan, walaupun cuaca panas masih boleh bertahan lagi.  Apa yang seronoknya, pokok ni, membuatkan rumahnya kelihatan hijau, sejuk mata memandang.





Walaupun hanya sebatang dua je, tapi lumayan.  Yang penting pokok ini adalah pokok 'heirloom.'




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Long Mulberry & Short Mulberry


Salam Satu Malaysia, sudah lama rasanya tidak membuka blog, maaflah keadaan tidak mengizinkan.  Tahun ni anak sulong akan ambil UPSR.  Walaupun saya guru tahun 6, setiap tahun terlibat dengan kelas tambahan, ceramah dan sebagainya.  Tapi tak sama apabila anak sendiri yang akan ambil peperiksaan. Rasaya tahun jadualku penuh, dengan aktiviti jabatan dan sekolah.  Rasanya macam nak terima je jawatan .............  Tengoklah biarlah takdir yang menentukan.

Kali ni nak berkongsi tentang koleksi mulberry saya.  Long mulberry, rasanya very sweet, jika dibandingkan dengan short mulberry.  Short mulberry perlu betul-betul masak warna hitam baru manis, tapi tidak dapat lawan rasa manis long mulberry.


 Long Mulberry





Short Mulberry, buahnya walaupun dah hitam, tak ada siapa yang nak petik.  Selalunya saya jelah yang makan.  Pernah cuba celup dalam coklat, berebut- berebut anak makan.  Oleh sebab tukang kebun asyik sibuk je, tak sempat nak petik.


Walaupun tak semanis Long Mulberry, tidakkan ku pinggirkan mu.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JOM TANAM SAWI

Sawi adalah tanam wajib ditanam di My Mix Garden,  sebab saya banyak menggunakan sayur ini dalam masakkan saya.  Tambahan pula benihnya yang murah, boleh lima kali tanam kalau beli peket yang Rm 2.00 di kedai biji benih di tempat saya.

Yang atas ni sawi bunga kata tauke kedai tu.  Memang sedap yang ni.



Cara saya tanam senang je, tabur kemudian cabut mana yang rapat.  Tapi yang dicabut tu saya masukkan dalam nasi goreng, sup dan sebagainya. sayur sawi yang kecil sedap sebab tidak pahit.  Anak-anak pun dah pandai menilai antara sayur sawi yang beli dikedai dan yang ditanam sendiri.



Yang ni pula sawi putih, saya kurang sikit dengan sawi, tapi tauke tu suruh try tanam,.  Tanam jelah.





Selalunya kalau tuai banyak ni je, jangan membazir.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KACANG DHALL


Nampaknya pokok kacang ni memang sesuai dengan iklim Malaysia.  Pokoknya hidup subur disini, buahnya nya muda sedap, lemak-lemak rasanya.




Saya suka petik buahnya yang muda, buat campur nasi goreng.  Tinggalkan sedikit untuk buat benih, sayang lambat petik, biji benihnya rosak ketika musim hujan ni.  Rasanya masih ada peluang untuk kutip benihnya, sebab pokoknya pada musim hujan ni bertambah subur dan berpucuk semula.   Terima kasih Ummuaidan,  akan ku kenang budimu.












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orkid merpati

Orkid ni memang dikategori orkid liar.  Ada yang panggil orkid merpati.  Pada mulanya saya tanam dalam pasu.  Selepas itu bila dah berkembang biak saya letakkan pada tunggul pokok  dan inilah hasilnya.





Yang menariknya pokok orkid ini rajin berbunga walaupun kurang penjagaan.  Antara tempat tumpangan orkid merpati.  




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Strawberry

Lama dah tak update blog ni.  Hari ni nak kongsi tentang pokok strawberry.  Pokok strawberry ni dah dapat taraf warganegara my mix garden dah  hampir 6 tahun.  Hari ni baru nak kenalkan dia.  Selepas dibuat pemerhatian yang agak lama.  Pokok ni senang untuk tumbuh dan membiak cuma ia memerlukan baja yang agak banyak.  Bila ditanam di tanah ia membiak macam pegaga. Tapi agak sukar untuk dijaga, sebab kena cabut rumput.







Bulan lepas saya kerat sulurnya dan tanam dalam polibaeg.  Sebab nak memudahkan kerja-kerja merumput.  Dan inlah hasilnya yang tidak menghampakan.  Masih mencuba menanam alpine strawberry, harap berjaya.


















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cherry Barbados vs Cherry Surinam

Salam semua ini adalah dua jenis cherry yang telah menjadi warga negara My Mix Garden. 




Cherry Barbados & Cherry Surinam

Buahnya memang cantik merah, tapi bezanya cherry barbados agak masam manakala cherry surinam lebih manis.



Cherry Surinam cantik macam tanglong  dan manis

 Cherry Surinam yang hampir masak


 Pokok cherry Surinam yang telah di jadikan bonsai



Pokok Cherry Barbados, tak tau nak buat apa dengan buahnya masam, boleh ke buahnya dibuat jeruk?.




Cherry Barbados bila dah masak memang cantik, sayang buahnya gugur begitu je tanpa dipetik. 


































  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fig lagi

Salam semua, dah lama tak update blog, sampai Kebun Bahagia hantar senarai order pun tak perasan.  Selamat tahun baru dan azam baru.  Minggu ni, minggu pertama persekolahan.  Hari ni nak update pokok fig atau pokok tin saya dah merah buahnya.  Tapi masih belum tuai lagi, rakan-rakan cakap tunggu sikit hari lagi.  Tak sabar nak merasanya.  Ini dia warna buah fig Mikhael.  Siapa nak order pokok boleh email kepada haziqafiqah@yahoo.com










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...