BLACKBERRY JAM (Randia formosa (Jacq.) K. Schum)
AZAM 2023
Tahun 2023.. tukang kebun berazam untuk memaksimumkan kebun dikeliling rumah dengan pelbagai tanaman, bunga, sayuran, dan buah-buahan.
Target tukang kebun tahun ini, menanam pelbagai jenis kekacang, labu, sayuran berdaun, terung, tomato dan banyak lagi.
Permulaan 2023, tukang kebun telah memulakan menyemai jenis-jenis kekacang, bendi, rossel, keladi, asparagus ( tambah lagi yang sedia ada ), timun, labu dan sebenarnya banyak lagi, disamping membelai semua anak-anak pokok sedia ada.
PERSIMMON / PISANG KAKI
Ramai yang cakap persimmon tidak boleh hidup dan berbuah di iklim negara kita Malaysia. Tapi tukang kebun telah membuktikan pokok persimmon boleh berbuah di kawasan panas. Selepas beberapa pencarian akhirnya dapat juga beberapa variety persimmon antaranya Jiro, Fuyu, Red Fire Crytal Persimmon dan terkini Black Persimmon. Seronok tak terkata. Menanam persimmon perlu ada sifat sabar, terutama jika beli 'bareroot'. Sebab pada perengkat awal penanaman tunas lambat, tumbuh, sebagai contoh anak 'root sucker' yang saya perolehi mengambil masa hampir setahun untuk mengeluarkan tunas. Tetapi bila sudah bertunas, maknanya pokok dah mula stabil Jika bernasib baik, tunas tersebut akan terus mengeluarkan bunga dan buah. Pokok persimmon akan menggugurkan daunnya, dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan tunas semula, kadang kala hampir masa berbulan-bulan. Pada masa ini tidak perlu siram terlalu kerap. Bila mula bertunas, maksudnya pokok mula nak berbuah jika 'pokok telah matang'. Setakat ini Red Fire , Jiro dan satu koleksi dari CH sudah berbuah. Saya tidak begitu pasti jika tanam melalui biji benih, sebab tidak pernah cuba menanam dengan biji benih.
'Root sucker'
Ini adalah pokok persimmon pertama dalam koleksi saya. Persimmon dari Cameron Highland, bukan daripada biji benih dan bukan juga daripada air layer tapi daripada 'root sucker'. Sebenarnya persimmon boleh juga ditanam melalui 'root sucker' kerana pokok persimmon yang matang akan mengeluarkan anak yang dipanngil ' root sucker' pada pangkal pokoknya. Saya hanya tanam dalam pasu je. Biasanya anak daripada 'root sucker' ciri buahnya serupa dengan pokok induknya, kecuali jika pokok induknya adalah cantuman tunas.
Red Fire Crytal Persimmon dah berbuah, comel dan cantik. Sesuai untuk dibuat 'Bonsai'.
Berbuah kali Pertama pada 13 November 2017
Jika ada yang berminat hendak menanam persimmon, boleh cuba tapi saya tidak menjual pokok ini ye, saya sekadar berkongsi. Dibawah ini antara rakan dan Nursery yang ada menjual pokok persimmon.
Exotic Matahari Nursery Green Mates
Bareroot
Household Farmer
Ddsp Julia Wilson
Norhayati Sarip
lemon
Inilah pokok lemon kesayanganku. Sentiasa berbuah, tak pernah putus berbuah. Stok lemon sentiasa ada. Pokoknya dibeli ketika pergi ke CH tahun 2009...Buahnya besar dan banyak air. Daunnya pula ada bau macam limau purut tapi tak sekuat bau daun limau purut. Pokoknya cepat membesar dan sesuai dengan iklim di sini. Sesiapa yang selalu naik ke CH carilah pokok ni senang hidup cepat berbuah saya rasa MARDI CH ada menjualnya. Tak rugi tanam pokok lemon ni.. buahnya besar.
KACANG ITIK@KACANG PARANG@ KACANG PERIUK
Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan blog. Lamanya tak update blog...rindu dengan kawan-kawan asyik buka FB je. Hari ni nak perkenalkan penghuni ' My Mix Garden". Bukan warga baru pun hanya saya tak bersedia nak masukkan dalam blog.
Kali pertama tanam kacang ini. Ketika menanam waktu tu musim panas. Risau juga pokok ni pokok ni mati. Hari-hari siram pagi dan petang, maklumlah benihnya tak ada dijual dipasaran. Salah satu koleksi rare saya. Sebenarnya ada koleksi yang lain. Dan ada koleksi rare yang dah empat tahun dalam simpanan tapi tak update dalam blog ni belum sampai masanya.
Alhamdulillah pokoknya dapat bertahan, dan hidup subur.
Hari ni singkap sedikit dibawah daunnya, ini dia buahnya yang berjuntaian. Mungkin ada yang pernah tengok, sedap di rebus. Hari raya tahun ini antara menu yang akan dihidangkan ialah kacang parang rebus.
Ada bunganya yang berjuntai, seronoknya. Harap pokok ni tumbuh subur. Sayang saya buat para macam kacang panjang, selepas ni kena buat para lebih besar.
My Red Heirloom Okra
Tahun ni tanam sayur sampai tak sempat nak di tuai, bukannya kerana jemu, tapi sebab sibuk. Hari ni tengok masih kecil lagi, bila tengok sekali lagi dah tua. Aduh simpan je la kat pokok buat benih. Seronoknya pokok ni tahan, walaupun cuaca panas masih boleh bertahan lagi. Apa yang seronoknya, pokok ni, membuatkan rumahnya kelihatan hijau, sejuk mata memandang.
Long Mulberry & Short Mulberry
Salam Satu Malaysia, sudah lama rasanya tidak membuka blog, maaflah keadaan tidak mengizinkan. Tahun ni anak sulong akan ambil UPSR. Walaupun saya guru tahun 6, setiap tahun terlibat dengan kelas tambahan, ceramah dan sebagainya. Tapi tak sama apabila anak sendiri yang akan ambil peperiksaan. Rasaya tahun jadualku penuh, dengan aktiviti jabatan dan sekolah. Rasanya macam nak terima je jawatan ............. Tengoklah biarlah takdir yang menentukan.
Kali ni nak berkongsi tentang koleksi mulberry saya. Long mulberry, rasanya very sweet, jika dibandingkan dengan short mulberry. Short mulberry perlu betul-betul masak warna hitam baru manis, tapi tidak dapat lawan rasa manis long mulberry.
Short Mulberry, buahnya walaupun dah hitam, tak ada siapa yang nak petik. Selalunya saya jelah yang makan. Pernah cuba celup dalam coklat, berebut- berebut anak makan. Oleh sebab tukang kebun asyik sibuk je, tak sempat nak petik.