Vanilla bean hanya terbentuk apabila bunganya telah dipolinate. Masalahnya bunganya tidak boleh polinate sendiri. Di tempat asalnya ada sejenis serangga yang polinate bunga vanilla ini. Jadi terpaksalah tukang kebun polinate sendiri bunganya. Bunganya pula hanya kembang sekuntum sehari. Dan perlu dipolinate secepat mungkin. Tapi inilah hasilnya daripada tiga tangkai buahnya. Hari-hari ku belek buahnya. Tunggu lapan bulan lagi baru boleh tuai. Setiap tangkai ada 15 hingga 17 bean pod.
My Vanilla Beans
Chives Plant
Proses memindahkah Chives. Dah terlalu padat, alihkan kepada pasu lebih besar. Garlic chives mudah ditanam, bila dah hidup inilah hasilnya. Mulai tanam pokok ni tahun 2011.
Hasilnya
Hasilnya
Hasilnya
Rollinia
Buah yang jarang diperkatakan. Semalam saya jumpa di Kuala Pilah. Dah lama tak makan. Singgah dan capai tiga biji.
Benih daripada Fiji dan Pulau Pinang
Minggu ini sampai juga benih daripada Fiji. Alhamdulillah, ingat tak sampai. Pada hari yang sama benih yang tidak disangka Daripada Sali ' Tiny Garden' pun sampai. Terima kasih Ummuaidan dan Sali.
Vanilla
Selalu cerita tentang vanilla. hari ini saya nak cerita sedikit tentang pokok ni. Pokok ni sebenar adalah sejenis orkid. Baunya terbit bila buahnya telah kering kehitaman. Kalau di tempat asalnya pokok tidak perlu pollinate kerana ada serangga yang mendebunga bunganya. Tapi dinegara kita bunganya perlu pollinate. Cara pollinate sama macam pollinate bunga orkid. Selalunya dalam dua tahun selepas ditanam pokok ini. Marilah cuci mata pokok vanilla saya.
Gali harta karun
Welcome to My Mix Garden Red Israel Fig & Yellow Chinese Fig
Dua warga baru sampai pada minggu ini Red Israel dan Yellow Chinese Fig. Alhamdullilah selamat sampai. Hanya yellow Chinese daunnya kering. Tapi keratan batang dan akarnya tidak terjejas. Mungkin lagi seminggu akan keluar pucuk baru. Maaf Cikgu lambat update, kursus la. he..he. Kesian cikgu Fauzan terpaksa menunggu gambar terbarunya.
Tangkapan Murah
Setiap kali pergi ke Pagoh, Muar pasti singgah kat nurseri ni. Sebabnya bunganya murah-murah belaka. Nama nurseri tak ingat hanya teringat ia tulis tapak semaian. Ini tangkapan pada hari raya tempohari. Bunganya murah-murah belaka terutama bunga rosnya rm 5.00 je. Kalau pergi tak menang tangan nak pilih. Disebabkan pokok bunga rosnya direct kepada cahaya matahari, pokok agak tahan sikit. Rasanya macam nak pilih semua bunga rosnya. Jangan salah sangka bukan semua bunga tu saya yang punyai. Separuh lagi ibu mertua saya yang punya. Dia nak sangat ikut. Kebanyakkan ros tu saya dah ada dan reason yang tepat bajet dah kurang hari raya kan. Saya beli tiga jenis je bunga ros selebihnya mentua yang beli. Hujung tahun pergi rumah kakak ipar akan ku singgah lagi. Dan pastinya ibu mertua mesti nak ikut.
Globe artichoke (Cynara cardunculus var. scolymus)
Bila tengok tv macam sedap je bunga ni. Saya pun try tanam, nampaknya dah ada kemajuan. Dah agak besar sikit. Lambat sungguh tumbesarannya. Daunnya nampak semakin membesar. Saya pernah tengok di Mardi Cameron Highland tanam pokok ni. Kali terakhir saya pergi ke sana, pokok artichoke tu dah berbunga. Harapan saya pokok ni juga akan berbunga seperti di Mardi Cameron tu.
Perkembangan Pokok Fig
Selepas begitu lama mengidam untuk mendapat pokok fig, akhirnya dapat juga beberapa variety. Ini adalah antara variety yang dah dapat.
Dua pokok ini dibeli tanpa mengetahui variety apa. Ditanam daripada biji benih. Kata penjual buahnya merah. Mempunyai daun yang berbeza satu daunnya mempunyai jejari yang lebar manakala yang satu lagi mempunyai jejari yang runcing, keduanya sudah mencapai ketinggian hampir satu meter. Cepat juga pokok ini membesar.
Memangkas Bayam Laut or Peria Laut dan pokok cemperai untuk hasil yang maksimum
Sayur ni memang tak ada di tempat saya. Ibu saudara suami yang bagi. Sedap lemak-lemak pahit. Ada satu resepi gulai lemak cili api campur denga udang.... sedapnya. Tapi hari ini bukannya kongsi resepi. Tapi nak kongsi bagaimana nak dapat hasil yang maksimum walaupun hanya tanam sebatang.
Rumput yang tidak dikenali
Rumput ini mula bertapak dikebun saya pada tahu 2010. Puas diselidik tidak tahu namanya. Daunnya seperti salad rocket tetapi baunya tidak sama. Bunga kuning seakan sawi tetapi bukan sawi. Mungkin rakan-rakan blog tahu pokok ini. Hendak makan tak berani.