Saiz buahnya sama dengan sama dengan kacang buncis jenis memanjat. Rasanya juga sama begitu juga dengan keragupannya.
Inilah rupanya bila ditanam di atas tanah. Daunnya berlubang kerana dimakan oleh belalang.
Juga sesuai ditanam didalam pasu. Sesuai untuk kawasan rumah yang ruangnya kecil. Sesuai juga untuk digantung.
Inilah katalog biji benih kacang buncis renek tu. Benih daripada syarikat biji benih tempatan. Sebelum jumpa benih ni saya dah tanam benih kacang panjang renek dulu. Saya jumpa benih kacang ni masa meninjau sebuah kedai biji benih di Air Keroh Melaka. Semasa jumpa benih ni saya memang dah tau kacang ni masih baru di pasaran luar. Tapi di negara kita masih baru lagi. Apa lagi cekaulah tiga peket. Ini adalah yang terakhir. Tak tau la masih baik lagi ke tak. Sebab pokok kacang buncis yang dahulu dah hasilkan benih. Sebab tu simpan yang ini, sebagai rujukan. Saya tak perasan benih ni ada dijual lagi ke tak. Selalu pergi kedai tu, bila benda yang kita nak dah dapat, tak pandang lagi la ke arahnya.