Swiss Chard adalah tanaman yang agak sukar ditanam pada awal pertumbuhannya. Pada awal pertumbuhannya ia banyak memerlukan penjagaan dan manja. Tapi bila cukup matang penjagaannya cukup mudah. Siram dan letak baja. Cara tuainya pula petik helaian daunnya. Dan sayur ini hayatnya panjang. Sepanjang pengalaman saya menanamnya, swiss chard lambat berbunga di iklim Malaysia. Dan swiss chard yang pernah saya tanam tidak pernah sempat berbunga, bila dah tua ia akan mati. Sayur ini sedap digoreng dan dibuat sup. Cubalah tanam pasti berbaloi. Dibawah ini ada tiga peringkat Rainbow Swiss yang saya tanam di My Mix Garden.
Rainbow Swiss Chard
Swiss Chard berumur hampir tiga bulan. Benih daripada Cameron Highland. Saya ada satu warna sahaja.
Rainbow Swiss Chard daripada Robin Mundy , berumur dua bulan. Old seed tahun 2010. Kelebihannya benih ini telah lama dalam simpanan dan masih boleh bercambah dengan baik.. Biasanya saya tanam dalam tiga batang sahaja. Benih yang tinggal tinggal dalam 10 biji sahaja dalam simpanan. Masih berusaha supaya Swiss Chard ini berbunga.
Read User's Comments(6)
Tomatillo
Tomatilo adalah tanaman tanaman yang mudah menyesuaikan diri dengan iklim panas dan lembab seperti Malaysia. Ini adalah Tomatilo berwarna purple. Saya perolehinya daripada seorang rakan daripada Denmark. Oleh kerana cuaca yang agak panas warna buahnya tidaklah 'Dark Purple' tapi masih ada warna purle.
Antara Purple Tomatilo di My Mix Garden
Purple Tomatilo, rocket salad, Swiss Chard
Sudah mula membentuk buah
Purple Tomatilo sudah mula berbunga dan berbuah
Tomatilo antara pokok Yacon
Chinese Radish 'Dragon' F1 Hybrid
Ini adalah kali pertama saya menanam Radish. Benih ini saya beli ketika
bercuti di Cameron Highland. Saya mula menyemainya pada awal Disember
2012.
Chinese Radish 'Dragon' seed
Chinese Radish 'Dragon' pada 2 January 2013
Chinese Radish 'Dragon' pada 5 Februari 2013
Chinese Radish 'Dragon' 5 Februari 2013
Harvest 5 February 2013
Chinese Radish 'Dragon' yang agak montel
Chinese Radish 'Dragon' goreng bercili dengan ikan bilis
Boleh tahan juga rasanya ' sebelum ni tak pernah masak. Ingat tak sedap. Boleh tanam lagi. Saya akan tinggalkan sebatang dua untuk dibuat benih.
Subscribe to:
Posts (Atom)