My Mix Garden has been
around in 2008. That year I moved a new
home. These are the plants that I have planted.
My Mix
Garden telah wujud sejak tahun 2008
lagi. Iaitu sejak saya berpindah ke
rumah baru. Ini adalah antara pokok yang telah saya telah tanam dari tahun
2008-2012.
Cape
gooseberry
Ini
adalah pokok yang pernah saya tanam.
Biji benihnya saya dapati daripada TESCO. Beli buah segar, kemudian ambil bijinya. Cape gooseberry adalah tumbuhan yang senang hidup tetapi
buahnya tidaklah sebesar buah yang diimport.
Rasanya manis-manis masam. Tahun
ini semai semula biji benihnya.
Harap-harap buahnya meriah seperti dahulu.
Dan ini pula
adalah pokok cili yang menjadi kewajipan untuk di tanam. Benih ‘ Cili Bara’ beli daripada ‘PELADANG’.
Buahnya memang cukup lebat, dan sangat pedas. Setiap tahun
tahun pokok cili ini ditanam di My MiX Garden. Tapi tahun 2012 stop sementara, sebab
serangan kulat, yang menyebabkan buahnya kering sebelum menjadi merah. Banyak juga jasa ‘ Cili Bara’ ini buahnya
sempat saya jual. 1 kg RM 15.00 di kedai
runcit tapi peruncit menjualnya semula dengan harga Rm 25.00 .
Terung
adalah antara koleksi tahunan di My MiX
Garden. Pokok di atas buahnya
berwarna putih seperti telur. Buahnya
saya balut, elak disengat oleh lalat buah.
Organik la katakan.
Antara buah terung yang terselamat.
Dan yang ini
pula terung asam. Buahnya sebesar bola
tenis. Selalunya buahnya diambil yang dah
masak. Buahnya sedap dibuat sayur gulai
lemak cili api ikan keli salai atau daging salai.
Buah Terung Asam
Labu adalah tanaman selingan, ikut mood. Yang ini, benihnya saya beli ketika Maha
2010. Sayangnya benihnya tak sempat
disimpan. Sebab buahnya tak banyak. Sebenarnya tak sempat nak polinate. Masa tu
saya banyak terlibat aktiviti luar ( kursus
dan camping).
Yang ini
Zuchini. Sempatla makan buahnya yang
muda. Pokok zuchini ni terlalu manja,
tak boleh terlebih air, ia akan rosak.
Kalau kurang air ia akan layu.
Buahnya tak sempat dibuat benih kerana selalu berebut dengan sang kera.
Buah Zuchini, alas sikit bawahnnya
elak dahannya rosak.
Bendi adalah
tanaman wajib. Selalunya setahun dua
atau tiga round tanaman ini akan ditanam.
Bila dah tanam biasanya buahnya tak habis dimakan. Buahnya diberikan kepada ibu dan kadang kala
berikan kepada jiran. Pernah juga jual
buahnya. Memang dapat sambutan. Sebab sayur organik la katakan. Tapi segan
nak jual. Buah bendi saya tak
perlu berebut dengan sang kera, diaorang tak pandang buah ini.
Pokok yang
sedang memanjat tu, adalah pokok kacang botor.
Yang pertama dan yang terakhir saya tanam sejak tahun 2008. Serik saya tanam pokok ini, jenis ini lambat
berbuah. Tapi buahnya sangat panjang
dalam 25cm hingga 30 cm. Benihnya saya
dapat daripada seorang guru yang dah bersara.
Tapi buahnya tidak seenak kacang botor yang biasa. Yang kat bawah kacang botor tu anak-anak Zuchini. Depannya pula ternakan ikan keli saya. Tapi tahun lepas cik abang ganti dengan ikan
tilapia. Anak-anak dah jemu makan ikan
keli.
Pokok
kunyit, daunya ibu saya selalu ambil
buat sambal daun kayu. Semenjak saya
tanam tahun 2008, dah banyak isi dituai.
Pernah juga cuba buat serbuk kunyit sendiri. Aromanya lebih harum daripada serbuk kunyit
yang ada di pasaran.
Ini pokok
lada hitam yang saya tanam semenjak tahun 2007.
Tapi pokoknya tak pernah memanjat, walaupun saya letakkan kayu, mungkin kerana saya tanam di dalam pasu. Buahnya cukup meriah tak pernah beli lada
hitam semenjak pokok ini mengeluarkan hasil.
Sehingga sekarang, pokoknya masih merimbun macam ini. Masih tak pandai memanjat. Tapi ok juga letak dalam pasu buat tanaman
hiasan. Buat orang geram.
Nampak tak
buah terung purple tu. Sebenarnya
buahnya sebesar bola ping pong je. Orang
cakap ini adalah terung ulam. Buahnya
lebih manis daripada reung biasa. Semasa
ambil gambar ini, sang kera tak heran dengan buah terung ni, tengah musim
buah-buahan. Sang kera senang seronok mengerjakan
buah rambutan, manggis dan langsat.
Tahun ini azam nak tanam semula, harap benihnya masih dalam keadaan
baik.
21 comments:
Wahh....menariknya. Macam2 ada
Ada yang dah jadi arwah
bestnya laman luas, semua pokok boleh tanam
laman memang luas, tapi banyak cabaran, lembu, kambing orang sesukata hati je nak masuk menuai hasil. Tak termasuk yang duduk atas pokok.
lynn dah try twice, tapi fail! serik pulak rasanya...yg makin menjadi hanyalah tomato
waa....meriahnya laman dengan tumbuhan2 perlbagai rupa. Thanks for sharing....betul2 menaikkan semangat saya nk menanam. :)
Dear SriKota,
What country do you garden in? I am curious because I tried Yacon once and it did not do well in my hot climate. Perhaps I should try another kind of Yacon.
My country also hot climate. I do not know the yacon variety because only one variety available in here. The tuber skin is white.
salam srikota....baru tengok semua entry awk ni...banyak jugak yang dh ditanam..semua menjadi..suka tgk pokok kunyit tu lebar daun nya...sy suka buat bungkus ikan bakar..wangi..tapi pokok kunyit kat laman sy ni masih peringkat baby..:D
seronoknya tengok laman yang penuh dengan sayur. terutamanya pokok lada hitam tu. memang betul-betul dapat fresh herbs and spice la ni.
bestnyer penuh fresh veggie......nak tanya tuan blog lah, cape gooseberry tu apa orang sini panggil ek?
Rasanya letup-letup tapi rasanya tak sama.
Salam Srikota,
Seronok tengok pokok sayur segar-bugar kat laman! Cukup bagus untuk menaikkan semangat berkebun sesama kita!
Sama-sama kita kongsi ye kak.
terung asam tu=terung dayak ke cikgu?
kak labu pun kena polinate jgk ker?
terung asam dan terung dayak sama. Kadang kala pokok labu perlukan polinate juga. Kecuali kawasan itu banyak serangga terutama lebah.
assalam sis ..nk tye sis ade jual benih oregano x?
Salam saya minta maaf, saya tak ada benih oregano
Seronok tengok tanaman org yg ada green fingers. Semua menjadi... :D
Askm. Maaf bertanya, berapa lama utj buah menjadi matang, pokok saya sudah lama keluar tangkai buah( ataupon bunga?)tapi masih xnampak ianya bertukar menjadi buah, atau mungkin buah2 tu sebenarnya tidak menjadi. Melalui pengalaman anda, sudi kiranya share apa yg anda tau. Terima kasih
Post a Comment