Ini adalah hidangan sayur untuk tengahari ini Hon tsai tai . Benih daripada Kebun Bahagia Bersama Petik daunnya je. Supaya sayur ini boleh menghasilkan biji benih untuk masa akan datang. Cherry tomato itu adalah daripada jenis F1 jenama tempatan ' Green World'.
Peringkat awal perkembangan Hon tsai tai.
Sudah boleh dituai. Kebiasaannya sayur ini saya petik daunnya je. Tidak perlu cabut semua, bila pokoknya sudah matang ia akan berbunga dan menghasilkan biji benih.
Hon tsai tai berjaya bersaing dengan Rocket Salad. Kesian Rocket Salad terpaksa beralah dengan Hon tsai tai. Cuaca terlalu panas sekarang ini. Tukang kebun hanya boleh siram pada waktu petang sahaja. Tidak sempat untuk siram waktu pagi sebab kena kejar masa untuk ke sekolah. Walaupun sekolah dalam 10 minit daripada rumah. Kerja perlu diutamakan dahulu. Harap ia boleh bertahan sehingga menghasilkan benih.
2 comments:
hon tsai tai batch kedua baru saja bercambah. batch pertama diserang penyakit
Rindu pula tengok batangnya yang purple tu. Suburnya.
Post a Comment