Liparis Lacerata
Coelogyne Mayeriana
Hari ini dua lagi koleksi orkidku menunjukkan bunganya. Liparis Lacerata dan Coeloyne Mayeriana. Liparis Lacerata ini sepatutnya dah perlu diganti pasunya. Dan sesak sangat, tapi asyik terlupa je. Ada rakan yang minta tips penjagaan orkid. Baja yang saya gunakan ialah kepala ikan bilis dan tahi ayam yang dah siap diproses. Orkid-orkid dalam koleksi saya tidaklah subur sangat, kerana cuaca disini agak panas. Mungkin rakan-rakan blog ada cara yang lebih baik untuk penjagaan orkid.
11 comments:
Salam Srikota,
Cantiknya orkid! Mak Aji ni tak pandai dengan orkid ni. Yang ada dua jenis sahaja, satunya tiger orkid dan satu legi jenis vanda. Dua2nya senyap je, x berbunga. Yang vanda pernah berbunga tapi sekali je dan tiger orchid x pernah sekalipun! Boh kepala ikan bilis ya! Mak Aji boh pelet baja tahi ayam tp x menjadi.
Tiger orkid mengambil masa yang lama untuk berbunga. Biasa dalam tiga hingga 4 tahun baru berbunga. Cuba siramkankan dengan air basuhan ikan.
These flowers look so exotic!
salam...baru tahu kepala ikan bilis blh jadi Baja orkid...orkid kat rumah lama dah tk berbunga!
bagi saya 2 spesies tu antara orkid yg paling susah nak jaga. Yg gambar no 1 tu dah mati, gambar no 2 tu sedang nazak, sblm ni tak pernah berbunga pun.
Saya liparis lacerata tidak memerlukan banyak air. Yang no. 2 tu pada mualanya saya ingat orkid kampung sebab saya minta anaknya dengan ibu saudara dekat kampung semasa tu pokoknya dah tak dibela lagi dalam semak. Tak tau pula pokok tu sukar untuk dijaga.
kepala ikan bilis? tabur aje ke?tak prnh dgr org pkai ikan bilis. hehe. saya ada satu pasu yg no.2 tu. baru tau namanya coelogyne mayeriana. senang sja hidupnya, hampir tak muat pasu tu.yg saya tahu, ni orkid hutan. jdi jarang sikit nak berbunga
Kepala ikan bilis kena kisar halus nak lagi bagus tambah Rm 2.00 udang geragau kering. Kisar sekali. Kemudian tabur pada akarnya. Kelemahannya kucing suka observe le.
Banyak koleksi gorgeous orchid di My Mix Garden ni. Saya pula tak tahu kesemua orchid yang ada di rumah ini.
Dah banyak yang mati, sebab tu sekarang saya upload mana orkid yang sedang berkembang untuk dibuat senarai koleksi.
cantiknya...orkid ni memang susah berbunga..
Post a Comment