Gali harta karun
Welcome to My Mix Garden Red Israel Fig & Yellow Chinese Fig
Dua warga baru sampai pada minggu ini Red Israel dan Yellow Chinese Fig. Alhamdullilah selamat sampai. Hanya yellow Chinese daunnya kering. Tapi keratan batang dan akarnya tidak terjejas. Mungkin lagi seminggu akan keluar pucuk baru. Maaf Cikgu lambat update, kursus la. he..he. Kesian cikgu Fauzan terpaksa menunggu gambar terbarunya.
Tangkapan Murah
Setiap kali pergi ke Pagoh, Muar pasti singgah kat nurseri ni. Sebabnya bunganya murah-murah belaka. Nama nurseri tak ingat hanya teringat ia tulis tapak semaian. Ini tangkapan pada hari raya tempohari. Bunganya murah-murah belaka terutama bunga rosnya rm 5.00 je. Kalau pergi tak menang tangan nak pilih. Disebabkan pokok bunga rosnya direct kepada cahaya matahari, pokok agak tahan sikit. Rasanya macam nak pilih semua bunga rosnya. Jangan salah sangka bukan semua bunga tu saya yang punyai. Separuh lagi ibu mertua saya yang punya. Dia nak sangat ikut. Kebanyakkan ros tu saya dah ada dan reason yang tepat bajet dah kurang hari raya kan. Saya beli tiga jenis je bunga ros selebihnya mentua yang beli. Hujung tahun pergi rumah kakak ipar akan ku singgah lagi. Dan pastinya ibu mertua mesti nak ikut.
Globe artichoke (Cynara cardunculus var. scolymus)
Bila tengok tv macam sedap je bunga ni. Saya pun try tanam, nampaknya dah ada kemajuan. Dah agak besar sikit. Lambat sungguh tumbesarannya. Daunnya nampak semakin membesar. Saya pernah tengok di Mardi Cameron Highland tanam pokok ni. Kali terakhir saya pergi ke sana, pokok artichoke tu dah berbunga. Harapan saya pokok ni juga akan berbunga seperti di Mardi Cameron tu.
Perkembangan Pokok Fig
Selepas begitu lama mengidam untuk mendapat pokok fig, akhirnya dapat juga beberapa variety. Ini adalah antara variety yang dah dapat.
Dua pokok ini dibeli tanpa mengetahui variety apa. Ditanam daripada biji benih. Kata penjual buahnya merah. Mempunyai daun yang berbeza satu daunnya mempunyai jejari yang lebar manakala yang satu lagi mempunyai jejari yang runcing, keduanya sudah mencapai ketinggian hampir satu meter. Cepat juga pokok ini membesar.
Memangkas Bayam Laut or Peria Laut dan pokok cemperai untuk hasil yang maksimum
Sayur ni memang tak ada di tempat saya. Ibu saudara suami yang bagi. Sedap lemak-lemak pahit. Ada satu resepi gulai lemak cili api campur denga udang.... sedapnya. Tapi hari ini bukannya kongsi resepi. Tapi nak kongsi bagaimana nak dapat hasil yang maksimum walaupun hanya tanam sebatang.
Rumput yang tidak dikenali
Rumput ini mula bertapak dikebun saya pada tahu 2010. Puas diselidik tidak tahu namanya. Daunnya seperti salad rocket tetapi baunya tidak sama. Bunga kuning seakan sawi tetapi bukan sawi. Mungkin rakan-rakan blog tahu pokok ini. Hendak makan tak berani.
Kacang Panjang Ular ' Snake Bean'
Ini adalah kacang panjang kegemaran saya dan keluarga, rasa lebih sedap daripada kacang panjang biasa. Sebab kacang jenis ini lebih lemak. Lebih sedap dan rangup lagi bila dipetik segar daripada pokoknya. Dipasaraya ada menjual kacang ini, rupanya agak buruk. Jangan pandang pada rupanya, disebalik rupanya yang hodoh tersembunyi keenakkan kacang ini. Kacang kenis ini lambat berbuah. Tapi bila sudah berbuah, tiga hari sekali kena petik.
Black Calla Lily
Inilah perkembangan Black Calla Lily yang dibeli daripada blog My Experimental Garden. Pokok ini telah mengeluarkan bunga tepat pada hari raya tempoh hari. Lama juga ini berkembang, hampir sebulan lamanya. Hanya bunganya tak jadi black. Tapi dark red. Mungkin kerana cuaca di sini agak panas. Bunga masih cantik walaupun tidak hitam. Ramai juga saudara mara yang berkunjung meminta anaknya. Saya tidak berani hendak bagi, kerana memikirkan pokok ini ini membiak dengan bebawang. Takut mati pula. Rasanya nak tambah koleksi, agaknya Wan masih ada stok lagi tak.
Red Russian Kale
Salam 1 Malaysia semua. Selamat hari Raya dah terlambat agaknya. Bulan ini terlalu sibuk untuk update blog. Hari ini saya nak kongsi pengalaman tentang menanam Red Russian Kale. Mula-mula masa menanamnya tidak begitu yakin. Cubaan kali pertama gagal, kerana sayur ini diserang kulat. Ini adalah cubaan kali kedua. Tapi selepas melihat kegigihannya bertahan pada cuaca panas sepanjang Bulan Ramadhan hari tu. Nampaknya ia amat sesuai ditanam di negara kita. Ini gambar-gambar dibawah adalah peringkat perkembangan sayur ini. Benihnya saya beli daripada My Lestary Seeds. Terima kasih Sha.