Salam 1 Malaysia semua. Selamat hari Raya dah terlambat agaknya. Bulan ini terlalu sibuk untuk update blog. Hari ini saya nak kongsi pengalaman tentang menanam Red Russian Kale. Mula-mula masa menanamnya tidak begitu yakin. Cubaan kali pertama gagal, kerana sayur ini diserang kulat. Ini adalah cubaan kali kedua. Tapi selepas melihat kegigihannya bertahan pada cuaca panas sepanjang Bulan Ramadhan hari tu. Nampaknya ia amat sesuai ditanam di negara kita. Ini gambar-gambar dibawah adalah peringkat perkembangan sayur ini. Benihnya saya beli daripada My Lestary Seeds. Terima kasih Sha.
Peringkat awal tanaman tanam jarak-jarak sedikit.
Disebalik kenapa tanam jarak-jarak, kerana daunnya semakin melebar. Saya hanya tanam enam batang je.
Pada peringkat ini daunnya sudah boleh dituai. Jangan dituai semua. Ambil daunnya yang paling bawah sahaja.
Ini adalah yang terkini sebelum dituai.
Dan ini selepas dituai. Empat hari lagi boleh tuai lagi.
Antara pusingan tuaian Red Russian Kale. Sebenarnya banyak kali dah tuai sayur ni. Mula saya menuainya pada awal Ramadhan. Sehingga sekarang sayur ini masih mengeluarkan hasilnya. Boleh tahan juga rasa, macam sawi. Red Russian Kale ini sedap digoreng dengan ikan masin.
Tuaian seterusnya
Dan tuaian paling terkini.
2 comments:
Dulu ada tanam banyak ni tapi hubby tak boleh makan jadi allergi gatal-gatal ruam badan naik. Kale lain so far dia OK tapi tak tau kenapa yang ni dia tak ngam.
Mungkin daunnya ads bulu halus tu kot
Post a Comment