Setiap kali pergi ke Pagoh, Muar pasti singgah kat nurseri ni. Sebabnya bunganya murah-murah belaka. Nama nurseri tak ingat hanya teringat ia tulis tapak semaian. Ini tangkapan pada hari raya tempohari. Bunganya murah-murah belaka terutama bunga rosnya rm 5.00 je. Kalau pergi tak menang tangan nak pilih. Disebabkan pokok bunga rosnya direct kepada cahaya matahari, pokok agak tahan sikit. Rasanya macam nak pilih semua bunga rosnya. Jangan salah sangka bukan semua bunga tu saya yang punyai. Separuh lagi ibu mertua saya yang punya. Dia nak sangat ikut. Kebanyakkan ros tu saya dah ada dan reason yang tepat bajet dah kurang hari raya kan. Saya beli tiga jenis je bunga ros selebihnya mentua yang beli. Hujung tahun pergi rumah kakak ipar akan ku singgah lagi. Dan pastinya ibu mertua mesti nak ikut.
Tangkapan Murah
Beratus bunga rosnya. Pilihlah mana yang nak. Mana tak rambang mata.
Siapa yang minat ros pastikan pasti tergila-gila, memang gilapun. Geram. Saya la tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
waaaa! berbaloi, rosnya pun Nampak segar dan sihat
bestnya ..kalau lah dpt pergi rs cam nak borong...
btw akak dah pos benih tuh..mungkinthis week kot sampai inshaallah
sy suka ros jugak..cuma tak berkesempatan lagi nak tanam...mak aih cantik2 betul
lumayan buk belanjanya!... seronok tengok org shopping!
As Salam SriKota...saya selalu jgk pegi Muar...mmg kat nursery ni geram2 tgk roses dia....tak berkesempatan lagi nak pegi....next trip saya nak singgah la...tak sangka plak murah harga rose dia...mmg tgh mengidam nak tanam pokok rose pulak ni.....
Memang berbaloi-baloi, pastikan kereta kosong.
Rose yang saya tanam kebanyakkan daripada sini. setakat ni dah ada berbelas warna. Suami dah tak
bagi beli. Kalau tidak dia suruh tanam atas katil. he..he
Ummuaidan - saya akan check mail box saya. Dah samapi nanti saya bagi tahu akak.
Kebanyakkan tauke nursery ambik kat sini, sebab tu diorang upkan harga. Siapa ada kesempatan yang berminat dengan rose pergilah nurseri ni, sekarang ni saya tengah gila mencari rose mini. Tengah cari orang yang boleh ajarkan cara grafting rose.
Assalammualaikum dik.
ala jelesnya, Murah sangat lah kalau cuma lima ringgit sepokok. Tempat saya tak ada jual pokok2 ros.kalau ada puluhan ringgit harganya.
Di sg.buluh hari tu, belasan ringgit juga.Bertuahnya badan.
Salam kak Puteri, jauh juga dr rumah saya 1jam juga la kalau ikut highway. Cuma singgah kat sini jika pergi rumah kakak ipar. yang beruntung siapa yang duduk kat sana la.
Salam sri kota garden..wah..murahnya ros tu..sya mau jgk....klu kt sini pun..mmg mhal ros2 tu...
Salam kenal..sya folo blog skg..sya pun suka berkebun..:D.kklu sdi2,jmput snggah blog sya ya..
Salam Srikota,
Mak Ajilah, kalau beli pokok, kalau bukan yang sendiri punya pun suka! Dapat beli pokok aje pun macam zaman dulu2 pergi sale kat mall. Sekarang takdelah lagi gitu, beli pokok adalah!
Murahnya ros tu!
boleh bg map x tempat tu sy nk balik muar hari minggu nie. mana tau boleh singgah sana
Boleh tolong beri arah ke nursery ini. Terima kasih.
Salam semua, minggu lepas saya baru je pergi ke sana, pokok rosnya dah pindah di tempat lain, kata pekerjanya dibelakang kubur cina.
Salam srikota garden.boleh saya tau alamat terkini tu di mana....saya x biasa area muar....teringin sgt nak kesana...
assalam.. tumpang tanye di mane yer nursery ni, n rumput carpet sekaki berape rm
assalam.. tumpang tanye di mane yer nursery ni, n rumput carpet sekaki berape rm
assalam.. tumpang tanye di mane yer nursery ni, n rumput carpet sekaki berape rm
Boleh saya tahu maps nak ke nusery bunga ros pagoh
Sis..tmpat ni dekt kawasan kampung ke??tengok macam ade jambatan sungai tu.
Sis..tmpat ni dekt kawasan kampung ke??tengok macam ade jambatan sungai tu.
Assalamualaikum. Boleh saya tau kat mana tapak semaiannya?
Assalamualaikum Boleh bg alamat / lokasi nursery ni..?
No. 3571, Jalan Muar Batu 3 1/2
83710, Johor
07-484 6489
Tapak Semaian Hong Seng
kalau tak silap
Post a Comment