Tomato
RSS
Container Icon

lemon


Inilah pokok lemon kesayanganku.  Sentiasa berbuah, tak pernah putus berbuah.  Stok lemon sentiasa ada.   Pokoknya dibeli ketika pergi ke CH tahun 2009...Buahnya besar dan banyak air.  Daunnya pula ada bau macam limau purut tapi tak sekuat bau daun limau purut.  Pokoknya cepat membesar dan sesuai dengan iklim di sini.  Sesiapa yang selalu naik ke CH  carilah pokok ni senang hidup cepat berbuah saya rasa MARDI CH ada menjualnya.   Tak rugi tanam pokok lemon ni.. buahnya besar.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KACANG ITIK@KACANG PARANG@ KACANG PERIUK

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan blog.  Lamanya tak update blog...rindu dengan kawan-kawan asyik buka FB je.  Hari ni nak perkenalkan penghuni ' My Mix Garden".  Bukan warga baru pun hanya saya tak bersedia nak masukkan dalam blog.


Kali pertama tanam kacang ini.  Ketika menanam waktu tu musim panas.  Risau juga pokok ni pokok ni mati.  Hari-hari siram pagi dan petang, maklumlah benihnya tak ada dijual dipasaran. Salah satu koleksi rare saya.  Sebenarnya ada koleksi yang lain.  Dan ada koleksi rare yang dah empat tahun dalam simpanan tapi tak update dalam blog ni belum sampai masanya.


Alhamdulillah pokoknya dapat bertahan, dan hidup subur.


Hari ni singkap sedikit dibawah daunnya, ini dia buahnya yang berjuntaian.  Mungkin ada yang pernah tengok, sedap di rebus. Hari raya tahun ini  antara menu yang akan dihidangkan ialah kacang parang rebus.


Ada bunganya yang berjuntai, seronoknya.  Harap pokok ni tumbuh subur. Sayang saya buat para macam kacang panjang, selepas ni kena buat para lebih besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...