Tomato
RSS
Container Icon

My Vanilla Beans

Vanilla bean hanya terbentuk apabila bunganya telah dipolinate.  Masalahnya bunganya tidak boleh   polinate sendiri.  Di tempat asalnya ada sejenis serangga yang polinate bunga vanilla ini.  Jadi terpaksalah tukang kebun polinate sendiri bunganya.  Bunganya pula hanya kembang sekuntum sehari.  Dan perlu dipolinate secepat mungkin.  Tapi inilah hasilnya daripada tiga tangkai buahnya.  Hari-hari ku belek buahnya.  Tunggu lapan bulan lagi baru boleh tuai.  Setiap tangkai ada 15 hingga 17 bean pod.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chives Plant

Proses memindahkah Chives.  Dah terlalu padat, alihkan kepada pasu lebih besar. Garlic chives mudah ditanam, bila dah hidup inilah hasilnya.  Mulai tanam pokok ni tahun 2011.

 


Hasilnya
 Hasilnya


 Hasilnya



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orkid Bunga Malai

Nama sainsnya tak tau.  Bunga memang cantik.  Sayang bunganya hanya tahan seminggu je.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rollinia

Buah yang jarang diperkatakan.  Semalam saya jumpa di Kuala Pilah.  Dah lama tak makan.  Singgah dan capai tiga biji.
























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benih daripada Fiji dan Pulau Pinang

Minggu ini sampai juga benih daripada Fiji.  Alhamdulillah, ingat tak sampai.  Pada hari yang sama benih yang tidak disangka Daripada Sali ' Tiny Garden' pun sampai.  Terima kasih Ummuaidan dan Sali.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Vanilla

Selalu cerita tentang vanilla.  hari ini saya nak cerita sedikit tentang pokok ni.  Pokok ni sebenar adalah sejenis orkid.  Baunya terbit bila buahnya telah kering kehitaman.  Kalau di tempat asalnya pokok tidak perlu pollinate kerana ada serangga yang mendebunga bunganya.  Tapi dinegara kita bunganya perlu pollinate.  Cara pollinate sama macam pollinate bunga orkid.  Selalunya dalam dua tahun selepas ditanam pokok ini.  Marilah cuci mata pokok vanilla saya.


 

 Bunga vanilla yang sedang berkembang, perlu dipollinate sebaik sahaja ia berkembang.  Bunganya kembang pada waktu malam.



 
  Putik-putik  bunga vanilla sebelum kembang

 
 




 Rupa pokok vanilla


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gali harta karun

Ini harta karun edible punya.  Benih daripada Diana.  Kacang Tanah Tadong. Enam batang semuanya.  Marilah cuci mata. 









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome to My Mix Garden Red Israel Fig & Yellow Chinese Fig

Dua warga baru sampai pada minggu ini Red Israel  dan Yellow Chinese Fig.  Alhamdullilah selamat sampai.  Hanya yellow Chinese daunnya kering.  Tapi keratan batang dan akarnya tidak terjejas.  Mungkin lagi seminggu akan keluar pucuk baru.  Maaf Cikgu lambat update,  kursus la.  he..he.  Kesian cikgu Fauzan terpaksa menunggu gambar terbarunya.

 Red Israel Fig



Yellow Chinese Fig


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tangkapan Murah

Setiap kali pergi ke Pagoh, Muar pasti singgah kat nurseri ni.  Sebabnya bunganya murah-murah belaka.  Nama nurseri tak ingat hanya teringat ia tulis tapak semaian.   Ini tangkapan pada hari raya tempohari.   Bunganya murah-murah belaka terutama bunga rosnya rm 5.00 je.  Kalau pergi tak menang tangan nak pilih.  Disebabkan pokok bunga rosnya direct kepada cahaya matahari, pokok agak tahan sikit.  Rasanya macam nak pilih semua bunga rosnya.   Jangan salah sangka bukan semua bunga tu saya yang punyai.  Separuh lagi ibu mertua saya yang punya.  Dia nak sangat ikut.  Kebanyakkan ros tu saya dah ada dan reason yang tepat bajet dah kurang hari raya kan.  Saya beli tiga jenis je bunga ros selebihnya mentua yang beli.  Hujung tahun pergi rumah kakak ipar akan ku singgah lagi.  Dan pastinya ibu mertua mesti nak ikut.











 Beratus bunga rosnya.  Pilihlah mana yang nak.  Mana tak rambang mata.


Siapa yang minat ros pastikan pasti tergila-gila, memang gilapun.  Geram.  Saya la tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Globe artichoke (Cynara cardunculus var. scolymus)

Bila tengok tv macam sedap je bunga ni.  Saya pun try tanam, nampaknya dah ada kemajuan.  Dah agak besar sikit.  Lambat sungguh tumbesarannya.  Daunnya nampak semakin membesar.  Saya pernah tengok di Mardi Cameron Highland tanam pokok ni.  Kali terakhir saya pergi ke sana, pokok artichoke tu dah berbunga.  Harapan saya pokok ni juga akan berbunga seperti di Mardi Cameron tu.

 Pada peringkat permulaan




Perkembangan terbaru





Mampukah pokok ini menghasilkan bunga seperti.  Tinggi sungguh harapanku.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkembangan Pokok Fig

Selepas begitu lama mengidam untuk mendapat pokok fig, akhirnya dapat juga beberapa variety.  Ini adalah antara variety yang dah dapat.

Dua pokok ini dibeli tanpa mengetahui variety apa.  Ditanam daripada biji benih.  Kata penjual buahnya merah.  Mempunyai daun yang berbeza satu daunnya mempunyai jejari yang lebar manakala yang satu lagi mempunyai jejari yang runcing, keduanya sudah mencapai ketinggian hampir satu meter.  Cepat juga pokok ini membesar.


Pokok fig daripada biji benih




 

 Mempunyai daun yang berbeza.  Harap buahnya juga berbeza



Dan yang ini yang terbaru.  Mikael Fig. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memangkas Bayam Laut or Peria Laut dan pokok cemperai untuk hasil yang maksimum

Sayur ni memang tak ada di tempat saya.  Ibu saudara suami yang bagi.  Sedap lemak-lemak pahit.   Ada satu resepi gulai lemak cili api campur denga udang.... sedapnya.  Tapi hari ini bukannya kongsi resepi.  Tapi nak kongsi bagaimana nak dapat hasil yang maksimum walaupun hanya tanam sebatang.

Hasil  hari ini






Selepas dipotong pucuk baru akan tumbuh.  Lagi galak dipotong lagi banyak hasilnya.



 Dan ini pula pokok cemperai.  Sama juga caranya.




Pucuk cemperai selepas dipotong

 Kesan pemangkasan lama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumput yang tidak dikenali

Rumput ini mula bertapak dikebun saya pada tahu 2010.  Puas diselidik tidak tahu namanya.  Daunnya seperti salad rocket tetapi baunya tidak sama.  Bunga kuning seakan sawi tetapi bukan sawi.  Mungkin rakan-rakan blog tahu pokok ini.  Hendak makan tak berani.
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...