Tomato
RSS
Container Icon

PERSIMMON / PISANG KAKI





Ramai yang cakap persimmon tidak boleh hidup dan berbuah di iklim negara kita Malaysia.  Tapi tukang kebun telah membuktikan pokok persimmon boleh berbuah di kawasan panas.  Selepas beberapa pencarian akhirnya dapat juga beberapa variety persimmon antaranya  Jiro, Fuyu, Red Fire Crytal Persimmon dan terkini Black Persimmon.  Seronok tak terkata. Menanam persimmon perlu ada sifat sabar, terutama jika beli 'bareroot'.  Sebab pada perengkat awal penanaman tunas lambat, tumbuh, sebagai contoh anak 'root sucker' yang saya perolehi mengambil masa hampir setahun untuk mengeluarkan tunas.  Tetapi bila sudah bertunas, maknanya pokok dah mula stabil  Jika bernasib baik, tunas tersebut akan terus mengeluarkan bunga dan buah.   Pokok persimmon akan menggugurkan daunnya, dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan tunas semula, kadang kala hampir masa berbulan-bulan.  Pada masa ini tidak perlu siram terlalu kerap.  Bila mula bertunas, maksudnya pokok mula nak berbuah jika 'pokok telah matang'.  Setakat ini Red Fire , Jiro dan satu koleksi dari CH sudah berbuah.  Saya tidak begitu pasti jika tanam melalui biji benih,  sebab tidak pernah cuba menanam dengan biji benih. 

'Root sucker' 

 Ini adalah pokok persimmon pertama dalam koleksi saya.  Persimmon dari Cameron Highland, bukan daripada biji benih dan bukan juga daripada air layer tapi daripada 'root sucker'.  Sebenarnya persimmon boleh juga ditanam melalui 'root sucker' kerana pokok persimmon yang matang akan mengeluarkan anak yang dipanngil ' root sucker' pada pangkal pokoknya.  Saya hanya tanam dalam pasu je.  Biasanya anak daripada 'root sucker' ciri buahnya serupa dengan pokok induknya, kecuali jika pokok induknya adalah cantuman tunas.





Red Fire Crytal Persimmon  dah berbuah, comel dan cantik.  Sesuai untuk dibuat 'Bonsai'.

Berbuah kali Pertama pada 13 November 2017





Pokok kedua sedang berbuah 25 Mei 2018




Jika ada yang berminat hendak menanam persimmon, boleh cuba tapi saya tidak menjual pokok ini ye,  saya sekadar berkongsi.  Dibawah ini antara rakan dan Nursery yang ada menjual pokok persimmon.

Exotic Matahari Nursery Green Mates
Bareroot
Household Farmer 
Ddsp Julia Wilson
Norhayati Sarip




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

Normala Saad said...

Tahniah. Saya ada lihat difb seorang wanita menanamnya di Sarawak. Geram lihat pokoknya berjuntaian bush

SriKota Garden said...

Normala boleh cuba tanam ...Memang seronok bila pokok ni mula berbuah.

Unknown said...

Boleh saya dapatkan contact no pihak yg menjual benih @ anak pokok persimmon? Boleh whatsapp saya 0132212307 bandar puncak alam, selangor.

SriKota Garden said...
This comment has been removed by the author.
SriKota Garden said...

Buka FB individu dibawah:
Exotic Matahari Nursery Green Mates
Bareroot
Household Farmer
Ddsp Julia Wilson
Norhayati Sarip

Manamaulari said...

Pokok saya dah tinggi lepas bumbung, tapi tak ternah kuar buah pun. Rasa cam nak tebang je

io..one and only said...

terima kasih info tuan...pjg oooo saya ..hahaha sbb baru tahu jika daun luruh nk tunggu pucuk baru mmg lama.mujur saya x buang lg ank pokok yg d semai main2 dari biji.skrg dh sejengkal tingginya daun ada 6 lain lebar2 .umor lbih kurang stahun. nk tnya selepas gugur sekali daun ..adakah proses keguguran ni akan berulang sperti d tempat asal ada 4musim.

Unknown said...

Sarawak tu, dekat kawasan tinggi ke?

alin said...

saya baru semai melalui biji benih .
alhamdulillah hidup 10 pokok dh sejengkal besar nya ..harap hidup la ia smpi berbuah

Unknown said...

Saya pun try tanam dari benih, 8/12/21,kelmarin 24/12/21, dah naik sikit, no harm trying... Harap membesar dgn baik...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...