Tomato
RSS
Container Icon

Miracle Fruit Plants

Ini adalah pokok permulaan menanam pokok exotic.  Tanaman ini telah ditanam pada tahun 2003.  Ketika mendapatkannya cukup sukar.  Pada masa itu pokok ini baru sahaja diperkenalkan. Pokok ini diperkenalkan oleh seorang uncle.   Mahal juga, Rm 25.00 untuk anaknya yang setinggi 10 cm.  Mula-mula tanam didalam pasu.  Pada tahun 2008 rumah baru kami telah siap.  Terus pindahkan ke tanah. Keistimewaan pokok ini buahnya rasa manis, dan kekal manis manis walaupun kita telah minum air.  Perkembangan pokok ini lambat.  Bayangkanlah pokok ini dah hampir 10 tahun, ketinggiannya baharu sahaja 1.5 meter.


 Pada bulan Ramadhan tidak ada siapa yang nak makan, kesian buah ni.

 Buahnya yang sedang ranum dan ada yang masih hijau.  Dah ada yang sedang berbunga.



Buahnya cukup lebat, burung pun tak nak makan.  Sebab bijinya yang besar.  Boleh ke kita buat kopi dari bijinye?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...