Tomato
RSS
Container Icon

Gali harta karun

Ini harta karun edible punya.  Benih daripada Diana.  Kacang Tanah Tadong. Enam batang semuanya.  Marilah cuci mata. 









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome to My Mix Garden Red Israel Fig & Yellow Chinese Fig

Dua warga baru sampai pada minggu ini Red Israel  dan Yellow Chinese Fig.  Alhamdullilah selamat sampai.  Hanya yellow Chinese daunnya kering.  Tapi keratan batang dan akarnya tidak terjejas.  Mungkin lagi seminggu akan keluar pucuk baru.  Maaf Cikgu lambat update,  kursus la.  he..he.  Kesian cikgu Fauzan terpaksa menunggu gambar terbarunya.

 Red Israel Fig



Yellow Chinese Fig


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tangkapan Murah

Setiap kali pergi ke Pagoh, Muar pasti singgah kat nurseri ni.  Sebabnya bunganya murah-murah belaka.  Nama nurseri tak ingat hanya teringat ia tulis tapak semaian.   Ini tangkapan pada hari raya tempohari.   Bunganya murah-murah belaka terutama bunga rosnya rm 5.00 je.  Kalau pergi tak menang tangan nak pilih.  Disebabkan pokok bunga rosnya direct kepada cahaya matahari, pokok agak tahan sikit.  Rasanya macam nak pilih semua bunga rosnya.   Jangan salah sangka bukan semua bunga tu saya yang punyai.  Separuh lagi ibu mertua saya yang punya.  Dia nak sangat ikut.  Kebanyakkan ros tu saya dah ada dan reason yang tepat bajet dah kurang hari raya kan.  Saya beli tiga jenis je bunga ros selebihnya mentua yang beli.  Hujung tahun pergi rumah kakak ipar akan ku singgah lagi.  Dan pastinya ibu mertua mesti nak ikut.











 Beratus bunga rosnya.  Pilihlah mana yang nak.  Mana tak rambang mata.


Siapa yang minat ros pastikan pasti tergila-gila, memang gilapun.  Geram.  Saya la tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Globe artichoke (Cynara cardunculus var. scolymus)

Bila tengok tv macam sedap je bunga ni.  Saya pun try tanam, nampaknya dah ada kemajuan.  Dah agak besar sikit.  Lambat sungguh tumbesarannya.  Daunnya nampak semakin membesar.  Saya pernah tengok di Mardi Cameron Highland tanam pokok ni.  Kali terakhir saya pergi ke sana, pokok artichoke tu dah berbunga.  Harapan saya pokok ni juga akan berbunga seperti di Mardi Cameron tu.

 Pada peringkat permulaan




Perkembangan terbaru





Mampukah pokok ini menghasilkan bunga seperti.  Tinggi sungguh harapanku.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkembangan Pokok Fig

Selepas begitu lama mengidam untuk mendapat pokok fig, akhirnya dapat juga beberapa variety.  Ini adalah antara variety yang dah dapat.

Dua pokok ini dibeli tanpa mengetahui variety apa.  Ditanam daripada biji benih.  Kata penjual buahnya merah.  Mempunyai daun yang berbeza satu daunnya mempunyai jejari yang lebar manakala yang satu lagi mempunyai jejari yang runcing, keduanya sudah mencapai ketinggian hampir satu meter.  Cepat juga pokok ini membesar.


Pokok fig daripada biji benih




 

 Mempunyai daun yang berbeza.  Harap buahnya juga berbeza



Dan yang ini yang terbaru.  Mikael Fig. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memangkas Bayam Laut or Peria Laut dan pokok cemperai untuk hasil yang maksimum

Sayur ni memang tak ada di tempat saya.  Ibu saudara suami yang bagi.  Sedap lemak-lemak pahit.   Ada satu resepi gulai lemak cili api campur denga udang.... sedapnya.  Tapi hari ini bukannya kongsi resepi.  Tapi nak kongsi bagaimana nak dapat hasil yang maksimum walaupun hanya tanam sebatang.

Hasil  hari ini






Selepas dipotong pucuk baru akan tumbuh.  Lagi galak dipotong lagi banyak hasilnya.



 Dan ini pula pokok cemperai.  Sama juga caranya.




Pucuk cemperai selepas dipotong

 Kesan pemangkasan lama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumput yang tidak dikenali

Rumput ini mula bertapak dikebun saya pada tahu 2010.  Puas diselidik tidak tahu namanya.  Daunnya seperti salad rocket tetapi baunya tidak sama.  Bunga kuning seakan sawi tetapi bukan sawi.  Mungkin rakan-rakan blog tahu pokok ini.  Hendak makan tak berani.
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kacang Panjang Ular ' Snake Bean'

Ini adalah kacang panjang kegemaran saya dan keluarga, rasa lebih sedap daripada kacang panjang biasa.  Sebab kacang jenis ini lebih lemak.  Lebih sedap dan rangup lagi bila dipetik segar daripada pokoknya.  Dipasaraya ada menjual kacang ini, rupanya agak buruk.  Jangan pandang pada rupanya, disebalik rupanya yang hodoh tersembunyi keenakkan kacang ini.  Kacang kenis ini lambat berbuah.  Tapi bila sudah berbuah, tiga hari sekali kena petik.







 Tanam hanya empat batang tapi hasilnya berbaloi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Black Calla Lily

Inilah perkembangan Black Calla Lily yang dibeli daripada blog My Experimental Garden.  Pokok ini telah mengeluarkan bunga tepat pada hari raya tempoh hari.  Lama juga ini berkembang, hampir sebulan lamanya.  Hanya bunganya tak jadi black.  Tapi dark red. Mungkin kerana cuaca di sini agak panas.  Bunga masih cantik walaupun tidak hitam.   Ramai juga saudara mara yang berkunjung meminta anaknya.  Saya tidak berani hendak bagi, kerana memikirkan pokok ini ini membiak dengan bebawang.  Takut mati pula.  Rasanya nak tambah koleksi, agaknya Wan masih ada stok lagi tak.

 



 Peringkat awal pokok ini.




Semakin merimbun.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Red Russian Kale

Salam 1 Malaysia semua.  Selamat hari Raya dah terlambat agaknya.  Bulan ini terlalu sibuk untuk update blog.  Hari ini saya nak kongsi pengalaman tentang menanam Red Russian Kale. Mula-mula masa menanamnya tidak begitu yakin.  Cubaan kali pertama gagal, kerana sayur ini diserang kulat. Ini adalah cubaan kali kedua. Tapi selepas melihat kegigihannya bertahan pada cuaca panas sepanjang Bulan Ramadhan hari tu.  Nampaknya ia amat sesuai ditanam di negara kita.   Ini gambar-gambar dibawah adalah peringkat perkembangan sayur ini.  Benihnya saya beli daripada My Lestary Seeds.  Terima kasih Sha.





 Peringkat awal tanaman tanam jarak-jarak sedikit.



Disebalik kenapa tanam jarak-jarak, kerana daunnya semakin melebar.  Saya hanya tanam enam batang je. 
o

Pada peringkat ini daunnya  sudah boleh dituai.  Jangan dituai semua.  Ambil daunnya yang paling bawah sahaja.



Ini adalah yang terkini sebelum dituai.




Dan ini selepas dituai.  Empat hari lagi  boleh tuai lagi.







Antara pusingan tuaian Red Russian Kale.  Sebenarnya banyak kali dah tuai sayur ni.  Mula saya menuainya pada awal Ramadhan.  Sehingga sekarang sayur ini masih mengeluarkan hasilnya.  Boleh tahan juga rasa, macam sawi.  Red Russian Kale ini sedap digoreng dengan ikan masin.





 Tuaian seterusnya
 


 Dan tuaian paling terkini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...