Tomato
RSS
Container Icon

Perkembangan Terkini Kacang Buncis Purple

Ini adalah perkembangan terkini kacang buncis Purple saya.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tebu Telur


Inilah perkembangan tebu telur pemberian daripada Tiny Garden.  Terima kasih Sali kerana bersusah payah mengambilnya daripada kampung untuk saya.




Ada enam rumpun semuanya. Disebabkan saya menanamnya, pada musim panas pertumbuhan agak lambat.  Tidak sabar untuk menuai hasilnya.

 

 Rupa tebu telur pemberian Tiny Garden

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pokok Tin' Fig'

Akhir berjaya juga mendapatkan pokok Tin ini. Harap-harap boleh pokok ini boleh membesar di My Mix Garden. Terima kasih kepada En Syawal kerana sudi menjualkannya.  Daripada penerangan En Syawal buah fig ini berwarna merah.  Kena tunggu dalam dua tahun baru berbuah, itulah katanya sebab ditanam daripada biji benih.  Kerana terujanya hari-hari belek pokok ini untuk mengelakkan daunnya dimakan ulat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kacang Buncis Purple rupa jenis renek.

  Walaupun tempat berkebun agak luas.  Tapi dalam bulan Ramadhan ni, tukang kebun malas hendak membersihkan batas-batas yang tersedia ada.  Jadi jalan yang paling mudah, tanam dalam pasu, untuk memudahkan kerja-kerja selenggara.  Tanpa menduga kacang buncis ni adalah jenis renek, memang sesuai la tanam dalam pasu.  Inilah dia kacang buncis purple yang ditanam didalam pasu.  Rasanya benih daripada Kebun Bahagia.

 Barisan kacang buncis purple yang ditanam dalam pasu. 


 Mula mengeluarkan putik-putiknya kecil kacang buncis.


Antara buahnya yang sedang membesar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAMPAKA FLOWER



Awal Jun 2013 saya order bebawang Tampaka daripada Kebun Bahagia.  Disebabkan cuaca agak panas saya tanam bebawangnya di dalam pasu kecil.  Hari ini ketika membuat tinjauan, sekuntum bunga telah muncul dicelah bebawang tersebut.  Warnanya putih bersih. 





 Seronok sungguh melihat bunganya berkembang




Dan ini adalah satu lagi pasu semaian bebawang Tampaka.  Mungkin hujung minggu ini akan alihkan di tempat yang sesuai.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Black pepper (Piper nigrum)

Apabila bercerita tentang spice ini, tentu kita teringat Tanah Melayu dijajah kerana adanya rempah ini.  Tidak ramai yang menanam pokok ini.  Kerana spice ini mudah didapati di negara kita.  Sekarang ini, cukup mudah untuk mencari anak pokok lada hitam di nursery-nursery.  Hari ini saya menuai buah lada hitam yang ditanam sendiri. 





Pokoknya mudah dijaga.  Saya hanya menanam didalam pasu.  Sehingga hari ini pokok ini masih tidak ada tanda-tanda untuk memanjat.  Pastikan tempatnya dikawasan yang agak redup.



 Tangkai-tangkai buah lada hitam sedang menanti untuk dituai.  Kelebihan pokok ini sentiasa berbuah. 




Buahnya yang telah masak.  






Inilah hasil tuaian hari ini.  Sudah beberapa tahun tidak membeli lada hitam, kerana dah ada pokoknya sendiri. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...