Tomato
RSS
Container Icon

‘Crystal Apple’ or ......?

Ini adalah dua biji timun yang daripada pokok yang berbeza.  Tapi daripada sampul biji benih yang sama 'Cyrstal Apple'.  Tapi buahnya berbeza.







Dan ini pula selepas dituai.



Satu dah masak yang comel dan berkilat tu belum masak, masih muda lagi.





Biji benih yang dah masak.


 Perseoalannya adakah kedua-duanya daripada benih yang sama.  Tapi tak serupa.   Ada tak rakan blog tahu gambar timun yang kedua tu adakah ''Cyrstal Apple' juga ke? Apa-apapun kedua-duanya saya suka.  Yang dah masak tu saya buat acar  dan yang muda sedap dimakan mentah.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benih Bunga

Hari ini pergi ke Alor Gajah, kononnya pergi pasar minggu.  Masa balik singgah pekan Tampin untuk beli roti.  Parking depan kedai biji benih, tiba-tiba teringin nak beli benih bunga.  Belek punya belek ini yang berkenan, sebenarnya banyak yang menjadi pilihan hati.  Kena pilih la tak cukup bajet pulak nanti.   cadangan petang ini nak semai.  Harapanku ada yang akan berkembang di My Mix Garden.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mexican Sunflower



Dahulu bila nak tanam bukan main payah nak hidup.  Puas semai tak hidup-hidup, last ambil anaknya daripada rumah rakan.  Tapi bila dah hidup dan mengeluarkan biji benih.  Tak payah semaipun, anak-anaknya akan tumbuh sendiri. 




Kelebihannya bunga ini tidak memerlukan baja yang banyak.  Sebenarnya memang tak letak baja pun.  Tahan panas senang kata boleh berdikari sendiri.  Tapi bila dibelai, dibaja pokoknya boleh tumbuh sehingga dua meter.  Dalam gambar ni pokok yang tak letak baja. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Broccoli Romanesco

Akhirnya Broccoli Romanesco aku tuai juga hari ini untuk hidangan tengahari.  Biasalah dah bosan duduk sorang-sorang kat rumah.  Terfikir satu idea untuk menuai sayur ini. 


Sepatut jadi macam ni.  Tapi tak menjadi.


Inilah hasilnya, goreng dengan daun dan batangnya sekali.  Sebab bunganya tak banyak, jadi yang nampak batang dan daunnya sahaja.  Pernah lihat rancangan Jamie Oliver dia kata isi batang yang tengah tu sedap.  Jadi kerana tak mahu membazir goreng sekali.  Rasanya memang sedap manis dan rangup.  Jadi rakan-rakan try tanam brocoli sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...