Tomato
RSS
Container Icon

Tuaian Hari Ini



Selepas satu minggu tak update blog.  Hari ini baru ada kesempatan untuk update blog, kakiku terseliuh tak boleh bangun tanpa bantuan orang lain.  Bila dah ada rasa kurang sikit, terus turun tengok anak-anak yang terbiar kat My Mix Garden.  Inilah antara tuaian hari ini.  Sebenarnya nak tayang peria yang panjang tu.  Panjangnya 30cm.  First time tanam variety jenis ni.  Benih daripada  kakak sepupu saya.  Mula-mula ingatkan kambas, tapi ia memang peria.



Satu biji dah cukup untuk hidangan keluarga.  Goreng dengan telur dan ikan bilis dan cili padi.  Letak telur lebih sikit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

nadia rashid said...

sedapnya nampak peria goreng ni...betul 1st time tgk peria panjang..biasa yg cute2 je size...

kenapa lah sampai terseliuh...hati-hati dijalan raya..:D

Puteri Purnama said...

peria panjang..hemm..tanda subur dan rezeki.Alhamdulillah.

SriKota Garden said...

Punca nak check buah peria nilah, harap dapat simpan benihnya.

zamzurina zulkafli said...

benih dah sampai...tqvm!

Rini said...

panjangnya peria. sebiji blh tuk satu family makan.

SriKota Garden said...

selamat menanam untuk zamzurina.

suka suka said...

akak ingatkan kambas kalau panjang macam tu.. apa bezanya? get well soon..

SriKota Garden said...

Kambas isinya tebal, peria agak nipis. Terima kasih.

Malay-Kadazan girl said...

Masak cara ini memang kesukaan. Hope recover cepat.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...