Tomato
RSS
Container Icon

Rainbow Swiss Chard

Swiss Chard adalah tanaman yang agak sukar ditanam pada awal pertumbuhannya.  Pada awal pertumbuhannya ia banyak memerlukan penjagaan dan manja.  Tapi bila cukup matang penjagaannya cukup mudah.  Siram dan letak baja.  Cara tuainya pula petik helaian daunnya.  Dan sayur ini hayatnya panjang.  Sepanjang pengalaman saya menanamnya, swiss chard lambat berbunga di iklim Malaysia.  Dan swiss chard yang pernah saya tanam tidak pernah sempat berbunga, bila dah tua ia akan mati.   Sayur ini sedap digoreng dan dibuat sup.  Cubalah tanam pasti berbaloi. Dibawah ini ada tiga peringkat Rainbow Swiss yang saya tanam di My Mix Garden. 








Swiss Chard berumur hampir tiga bulan.  Benih daripada Cameron Highland.  Saya ada satu warna sahaja.


Rainbow Swiss Chard daripada Robin Mundy ,  berumur dua bulan.  Old seed tahun 2010.  Kelebihannya benih ini telah lama dalam simpanan dan masih boleh bercambah dengan baik..  Biasanya saya tanam dalam tiga batang sahaja.  Benih yang tinggal tinggal dalam 10 biji sahaja dalam simpanan.  Masih berusaha supaya Swiss Chard ini berbunga.


Dan yang ini Rainbow Swiss daripada Kebun Bahagia Bersama.  Daun dan batangnya masih kecil lagi.   Baru dipindahkan daripada bekas semaian.  Berusia dalam tiga minggu. 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tomatillo

Tomatilo adalah tanaman tanaman yang mudah menyesuaikan diri dengan iklim panas dan lembab seperti Malaysia.   Ini adalah Tomatilo berwarna purple.  Saya perolehinya daripada seorang rakan daripada Denmark.  Oleh kerana cuaca yang agak panas warna buahnya  tidaklah 'Dark Purple' tapi masih ada warna purle.  

Antara Purple Tomatilo di My Mix Garden

Purple Tomatilo, rocket salad, Swiss Chard


Sudah mula membentuk buah


Purple Tomatilo sudah mula berbunga dan berbuah



Tomatilo antara pokok Yacon









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chinese Radish 'Dragon' F1 Hybrid

 Ini adalah kali pertama saya menanam Radish.  Benih ini saya beli ketika bercuti di Cameron Highland.  Saya mula menyemainya pada awal Disember 2012.

 Chinese Radish 'Dragon'  seed



 

My Mix Garden

 Chinese Radish 'Dragon'  pada 2 January 2013



  Chinese Radish 'Dragon'  pada 5 Februari 2013



 Chinese Radish 'Dragon'   5 Februari 2013


 Harvest 5 February 2013


 

 Chinese Radish 'Dragon'   yang agak montel


 Chinese Radish 'Dragon'   goreng bercili dengan ikan bilis

Boleh tahan juga rasanya ' sebelum ni tak pernah masak.  Ingat tak sedap.  Boleh tanam lagi.  Saya akan tinggalkan sebatang dua untuk dibuat benih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

History My Mix Garden


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...