Tomato
RSS
Container Icon

History My Mix Garden



My Mix Garden has been around in 2008. That year I moved a new home. These are the plants that I have planted.

My Mix Garden  telah wujud sejak tahun 2008 lagi.  Iaitu sejak saya berpindah ke rumah baru.  Ini adalah antara pokok  yang telah saya telah tanam dari tahun 2008-2012.

 
Cape gooseberry 
Ini adalah pokok yang pernah saya tanam.  Biji benihnya saya dapati daripada TESCO.  Beli buah segar, kemudian ambil bijinya.  Cape gooseberry  adalah tumbuhan yang senang hidup tetapi buahnya tidaklah sebesar buah yang diimport.  Rasanya manis-manis masam.  Tahun ini semai semula biji benihnya.  Harap-harap buahnya meriah seperti dahulu.



 
Dan ini pula adalah pokok cili yang menjadi kewajipan untuk di tanam.  Benih ‘ Cili Bara’ beli daripada  ‘PELADANG’.   Buahnya memang cukup lebat, dan sangat pedas.   Setiap tahun  tahun pokok cili ini ditanam di My MiX Garden.  Tapi tahun 2012 stop sementara, sebab serangan kulat, yang menyebabkan buahnya kering sebelum menjadi merah.  Banyak juga jasa ‘ Cili Bara’ ini buahnya sempat saya jual.  1 kg RM 15.00 di kedai runcit tapi peruncit menjualnya semula dengan harga Rm 25.00 .



 
Terung adalah antara koleksi tahunan di My MiX Garden.  Pokok di atas buahnya berwarna putih seperti telur.  Buahnya saya balut, elak disengat oleh lalat buah.  Organik la katakan.


 

 
Antara buah terung yang terselamat.



Dan yang ini pula terung asam.  Buahnya sebesar bola tenis.    Selalunya buahnya diambil yang dah masak.  Buahnya sedap dibuat sayur gulai lemak cili api ikan keli salai atau daging salai.




Buah Terung Asam



Labu adalah tanaman selingan, ikut mood.  Yang ini, benihnya saya beli ketika Maha 2010.  Sayangnya benihnya tak sempat disimpan.  Sebab buahnya tak banyak.  Sebenarnya tak sempat nak polinate.  Masa tu  saya banyak terlibat aktiviti luar ( kursus dan camping). 







Yang ini Zuchini.  Sempatla makan buahnya yang muda.  Pokok zuchini ni terlalu manja, tak boleh terlebih air, ia akan rosak.  Kalau kurang air ia akan layu.  Buahnya tak sempat dibuat benih kerana selalu berebut dengan sang kera.



Buah Zuchini, alas sikit bawahnnya elak dahannya rosak.




Bendi adalah tanaman wajib.  Selalunya setahun dua atau tiga round tanaman ini akan ditanam.  Bila dah tanam biasanya buahnya tak habis dimakan.  Buahnya diberikan kepada ibu dan kadang kala berikan kepada jiran.  Pernah juga jual buahnya.  Memang dapat sambutan.  Sebab sayur organik la katakan.    Tapi segan  nak jual.  Buah bendi saya tak perlu berebut dengan sang kera, diaorang tak pandang buah ini. 





Pokok yang sedang memanjat tu, adalah pokok kacang botor.  Yang pertama dan yang terakhir saya tanam sejak tahun 2008.   Serik saya tanam pokok ini, jenis ini lambat berbuah.  Tapi buahnya sangat panjang dalam 25cm hingga 30 cm.  Benihnya saya dapat daripada seorang guru yang dah bersara.  Tapi buahnya tidak seenak kacang botor yang biasa.  Yang kat bawah kacang botor tu  anak-anak Zuchini.  Depannya pula ternakan ikan keli saya.  Tapi tahun lepas cik abang ganti dengan ikan tilapia.  Anak-anak dah jemu makan ikan keli.




Pokok kunyit,  daunya ibu saya selalu ambil buat sambal daun kayu.  Semenjak saya tanam tahun 2008, dah banyak isi dituai.  Pernah juga cuba buat serbuk kunyit sendiri.  Aromanya lebih harum daripada serbuk kunyit yang ada di pasaran. 




Ini pokok lada hitam yang saya tanam semenjak tahun 2007.  Tapi pokoknya tak pernah memanjat, walaupun saya letakkan kayu,  mungkin kerana saya tanam di dalam pasu.  Buahnya cukup meriah tak pernah beli lada hitam semenjak pokok ini mengeluarkan hasil.  Sehingga sekarang, pokoknya masih merimbun macam ini.  Masih tak pandai memanjat.  Tapi ok juga letak dalam pasu buat tanaman hiasan.  Buat orang geram.





Nampak tak buah terung purple tu.  Sebenarnya buahnya sebesar bola ping pong je.  Orang cakap ini adalah terung ulam.  Buahnya lebih manis daripada reung biasa.  Semasa ambil gambar ini, sang kera tak heran dengan buah terung ni, tengah musim buah-buahan.  Sang kera senang seronok mengerjakan buah rambutan, manggis dan langsat.  Tahun ini azam nak tanam semula, harap benihnya masih dalam keadaan baik.















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

21 comments:

zamzurina zulkafli said...

Wahh....menariknya. Macam2 ada

SriKota Garden said...

Ada yang dah jadi arwah

gardener said...

bestnya laman luas, semua pokok boleh tanam

SriKota Garden said...

laman memang luas, tapi banyak cabaran, lembu, kambing orang sesukata hati je nak masuk menuai hasil. Tak termasuk yang duduk atas pokok.

lynnhelite said...

lynn dah try twice, tapi fail! serik pulak rasanya...yg makin menjadi hanyalah tomato

Ibu Qistina said...

waa....meriahnya laman dengan tumbuhan2 perlbagai rupa. Thanks for sharing....betul2 menaikkan semangat saya nk menanam. :)

Jay said...

Dear SriKota,
What country do you garden in? I am curious because I tried Yacon once and it did not do well in my hot climate. Perhaps I should try another kind of Yacon.

SriKota Garden said...

My country also hot climate. I do not know the yacon variety because only one variety available in here. The tuber skin is white.

nadia rashid said...

salam srikota....baru tengok semua entry awk ni...banyak jugak yang dh ditanam..semua menjadi..suka tgk pokok kunyit tu lebar daun nya...sy suka buat bungkus ikan bakar..wangi..tapi pokok kunyit kat laman sy ni masih peringkat baby..:D

shafirul suffian said...

seronoknya tengok laman yang penuh dengan sayur. terutamanya pokok lada hitam tu. memang betul-betul dapat fresh herbs and spice la ni.

Mixed-family in da house.... said...

bestnyer penuh fresh veggie......nak tanya tuan blog lah, cape gooseberry tu apa orang sini panggil ek?

SriKota Garden said...

Rasanya letup-letup tapi rasanya tak sama.

Ummu Madihah said...

Salam Srikota,

Seronok tengok pokok sayur segar-bugar kat laman! Cukup bagus untuk menaikkan semangat berkebun sesama kita!

SriKota Garden said...

Sama-sama kita kongsi ye kak.

abu haniff said...

terung asam tu=terung dayak ke cikgu?

abu haniff said...

kak labu pun kena polinate jgk ker?

SriKota Garden said...

terung asam dan terung dayak sama. Kadang kala pokok labu perlukan polinate juga. Kecuali kawasan itu banyak serangga terutama lebah.

cuba memasak said...

assalam sis ..nk tye sis ade jual benih oregano x?

SriKota Garden said...

Salam saya minta maaf, saya tak ada benih oregano

Zurainny Ismail said...

Seronok tengok tanaman org yg ada green fingers. Semua menjadi... :D

chooleyla leyla said...

Askm. Maaf bertanya, berapa lama utj buah menjadi matang, pokok saya sudah lama keluar tangkai buah( ataupon bunga?)tapi masih xnampak ianya bertukar menjadi buah, atau mungkin buah2 tu sebenarnya tidak menjadi. Melalui pengalaman anda, sudi kiranya share apa yg anda tau. Terima kasih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...