Tomato
RSS
Container Icon

KACANG ITIK@KACANG PARANG@ KACANG PERIUK

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan blog.  Lamanya tak update blog...rindu dengan kawan-kawan asyik buka FB je.  Hari ni nak perkenalkan penghuni ' My Mix Garden".  Bukan warga baru pun hanya saya tak bersedia nak masukkan dalam blog.


Kali pertama tanam kacang ini.  Ketika menanam waktu tu musim panas.  Risau juga pokok ni pokok ni mati.  Hari-hari siram pagi dan petang, maklumlah benihnya tak ada dijual dipasaran. Salah satu koleksi rare saya.  Sebenarnya ada koleksi yang lain.  Dan ada koleksi rare yang dah empat tahun dalam simpanan tapi tak update dalam blog ni belum sampai masanya.


Alhamdulillah pokoknya dapat bertahan, dan hidup subur.


Hari ni singkap sedikit dibawah daunnya, ini dia buahnya yang berjuntaian.  Mungkin ada yang pernah tengok, sedap di rebus. Hari raya tahun ini  antara menu yang akan dihidangkan ialah kacang parang rebus.


Ada bunganya yang berjuntai, seronoknya.  Harap pokok ni tumbuh subur. Sayang saya buat para macam kacang panjang, selepas ni kena buat para lebih besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 comments:

suka suka said...

Sedap kacang parang ni... tak pernah makan kacang paranh rebus

suka suka said...

*parang

Fida Z Ein said...

Tak pernah nampak pokok kacang parang....

SriKota Garden said...

Sedap rebus macam kacang rebus

SriKota Garden said...

Sedap hari raya ni antara hidangan sampingan

TukangKebun said...

Subur betul geram tengok.

Tukang Kebun pun rindu dekat kebun cikgu.

Adam said...

Kat mana ya boleh dapat kacang parang ni ? Boleh tak nk beli dkt encik ?

inndaINN said...

Lame mncarik kacang parang ni.. Klu sy nk beli biji benih ni blh x?

Farid Abd said...

Salam

Ada lagi tak biji benih kacang ni. Nak tanam Buat penyeri pagar rumah. Boleh email ke mohdfaridabd@gmail.com

ZIE said...

Saya amat berminat dgn tumbuhan ini. Bgaimana saya boleh mndapatkan benihnya? Tq

SriKota Garden said...

Tahun ni saya tak tanam nanti saya try tanam dulu.. Benihnya ok lagi ke tak... Sebab dah lama.. Sangat

Anonymous said...

ada jual benih kacang parang tak? klu ada whatapps saya...013-9343525

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...