Tomato
RSS
Container Icon

Kacang Buncis Dwarf ' renek'


Pernah tak lihat kacang buncis renek.  Inilah dia kacang buncis jenis renek.  Pokok ini tidak akan memanjat dan mempunyai buah cukup lebat.  Tanam tiga batang dah memadai.  Saya dah tanam kacang ini hampir lima tahun.  Dan ini adalah generasi yang keberapapun saya dah tak ingat.  Amat sesuai untuk ditanam di rumah.

Saiz buahnya sama dengan sama dengan kacang buncis jenis memanjat.  Rasanya juga sama begitu juga dengan keragupannya.


Inilah rupanya bila ditanam di atas tanah.  Daunnya berlubang kerana dimakan oleh belalang. 



Juga sesuai ditanam didalam pasu.  Sesuai untuk kawasan rumah yang ruangnya kecil.  Sesuai juga untuk digantung.



 Inilah katalog biji benih kacang buncis renek tu.  Benih daripada syarikat biji benih tempatan.  Sebelum jumpa benih ni saya dah tanam benih kacang panjang renek dulu.  Saya jumpa benih kacang ni masa meninjau sebuah kedai biji benih di Air Keroh Melaka. Semasa jumpa benih ni saya memang dah tau kacang ni masih baru di pasaran luar.  Tapi di negara kita masih baru lagi.  Apa lagi cekaulah tiga peket.  Ini adalah yang terakhir.  Tak tau la masih baik lagi ke tak.  Sebab pokok kacang buncis yang dahulu dah hasilkan benih.  Sebab tu simpan yang ini, sebagai rujukan. Saya tak perasan benih ni ada dijual lagi ke tak.  Selalu pergi kedai tu, bila benda yang kita nak dah dapat, tak pandang lagi la ke arahnya.  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkembangan Red Gaint Mustad




Inilah perkembangan Red Gaint Mustad, Red Romaine Lettuce dan Hon Tsai Tai di My Mix Garden. 


Dan akhirnya tiga rumpun Red Gaint Mustad bersama dengan tiga rumpun salad dan sebatang Hon Tsai Tai.
Daunnya tidak begitu merah,  mungkin kerana tanam ditempat redup.  Pokok sayur ini hanya disiram dengan air kolam ikan.  Red Romaine Lettuce  akhirnya terpaksa mengalah dengan GAINT ni.  Tapi dan Hon Tsai Tai masih tak nak mengalah.





Paling bahagia bila dapat menuai daunya yang montok tu.  Ini adalah tuaian kali ketiga daripada pokok yang sama.  Hari ini petik untuk dicampurkan dengan mee goreng.  Ketika dipetik daunya rangup seperti salad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BELALANG DAUN

Ketika menyiram pokok dibelakang rumah, terpandang Cik Belalang ni..  Tak sangka selama ini haiwan ini ada kat rumah kami.  Selama 13 tahun mengajar subjek Sains, bila masuk tajuk cara haiwan menyamar diri.  Mesti selit gambar haiwan ini sebagai contoh. 
Kenapalah kau muncul waktu cuti sekolah, kalau tidak boleh bawa ke sekolah tunjuk dengan anak murid.  Selepas tunjuk dengan anak-anak kami lepaskannya.  Harap buka sekolah nanti haiwan ini muncul semula.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiga Varieties Tomatilo in My Mix Garden

Ini adalah tiga varieties tomatilo di My Mix Garden yang dituai bulan ini.   Yang tepi sekali Indian Strain, Purple Tomatilo, dan yang paling besar tu Large Green Chiapas
Ini berbandingan saiz tomatilo Indian Strain, Purple Tomatilo dan Large Green Chiapas.  Indian Strain, Purple Tomatilo  mempunyai rasa yang lebih masam.  Saya selalu campurkan tomatilo ini untuk buat 'sambal'.  Large Green Chiapas  tanam rasanya ada sedikit tomato, buahnya pun lebih besar daripada yang lain.  Tomatilo ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis hidangan.  Kalau di orang nogori lauk gulai le memang amat sesuai sekali.
'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedai Biji Benih Di Tampin Negeri sembilan



Salah satu kedai yang menawarkan pelbagai biji benih di tempat saya dengan harga yang murah ' Rm 1.80 sepeket.'  Kedai ini bersebelahan dengan Balai Polis Tampin.  Ia adalah salah satu kedai pilihan untuk mencari biji benih.  Sebenarnya ada lagi kedai lain tapi kedai ini menjual biji benih lain daripada yang lain.  Terdapat pelbagai jenis varieti bunga matahari juga ada dijual disini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHERRY BELL RADISH, BENDI, TERUNG

Hasil tuaian hari ni, pokok sayur terbantut pertumbuhannya.  Cuaca terlalu panas dan tukang kebun hanya sempat siram pada waktu petang. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHERRY TOMATO & TOMATILO

 
Antara Cherry Tomato yang di Tuai hari ini.  Cherry tomato boleh tahan hingga dua minggu didalam freezer asalkan disimpan dalam bekas kedap udara.    Ada beberapa  lagi variety dalam simpanan yang masih belum ditanam untuk tahun ini.  Hajat tahun ini nak tanam yang jenis besar pula.


F1 daripada Green World




Yellow Cherry Tomato.  Cherry tomato yang paling manis yang ada dalam koleksi saya.

Tiny yellow Currant Sorent Holt Denmark.  Buahnya memang hanya besar tu je.  Lihat perbandingan dalam gambar diatas.



Variety yang ini dah tak ingat namanya.  Tapi jenis Tumbling tomato.  Bentuknya juga agak berbeza sedikit. 





Tomatilo  sepatutnya tomatilo ini warnanya purple.  Mungkin dah cross dengan Indian Strain Tomatilo.  First dah cukup ranum, second masih agak hijau dan yang tepi hampir ranum.  Bagi saya semuanya dah boleh petik.  








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Moringa oleifera




 Pokok Moringa oleifera


Pokok serbaguna.  Pokok ini berguna daripada pucuknya hinggalah kepada akarnya.  Daunnya boleh dibuat sayur.  Kadang kala saya campurkan daun Moringa dalam bubur nasi.  Buahnya sedap dimasak kari. Pokok ini senang ditanam. Potong dahannya dan tanam.  Dalam satu tahun setengah ia dah mula berbuah.  Kalau luck dalam setahun dah berbuah.  Pokok ini juga boleh ditanam daripada bijinya.  Ia mengambil masa dua tahun untuk berbuah berdasarkan daripada pengalaman sayalah.  Pokok ini mudah didapati ditaman perumahan yang ramai penduduknya kaum India.



Hari ini petik semua buah untuk mengelakkan buahnya menjadi tua.   


Proses dan simpan dalam peti sejuk (sejuk beku).  Buah yang dah proses ini boleh disimpan lama.  Boleh masak bila-bila masa walaupun bukan pada musimnya.  Kegemaran keluarga gulai kari daging atau gulai kari ikan sardin campur kacang ajaib ini.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hon tsai tai







Ini adalah hidangan sayur untuk tengahari ini Hon tsai tai .  Benih daripada  Kebun Bahagia Bersama Petik daunnya je.  Supaya sayur ini boleh menghasilkan biji benih untuk masa akan datang.  Cherry tomato itu adalah daripada jenis F1 jenama tempatan ' Green World'.


Peringkat awal perkembangan Hon tsai tai. 







Sudah boleh dituai.  Kebiasaannya sayur ini saya petik daunnya je.  Tidak perlu cabut semua, bila pokoknya sudah matang ia akan berbunga dan menghasilkan  biji benih.






Hon tsai tai berjaya bersaing dengan Rocket Salad.   Kesian Rocket Salad terpaksa beralah dengan Hon tsai tai.  Cuaca terlalu panas sekarang ini.  Tukang kebun hanya boleh siram pada waktu petang sahaja.  Tidak sempat untuk siram waktu pagi sebab  kena kejar masa untuk ke sekolah.  Walaupun sekolah dalam 10 minit daripada rumah.  Kerja perlu diutamakan dahulu.  Harap ia boleh bertahan sehingga menghasilkan benih.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUAIAN HARI INI PUCUK KELEDEK UNGGU

PUCUK KELEDEK UNGGU


Pucuk keledek unggu.   Warna daunnya cantik, tetapi selepas dimasak daunnya bertukar menjadi hijau.  Sayur ini cantik dibuat tanaman hiasan kerana warna unggunya.


Walaupun tiada bunga, warna daunnya sudah cukup cantik untuk hiasan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUAIAN HARI INI



Italian Pasley dan Italian Basil untuk ramuan Italian Spaghetti untuk sarapan pagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...