Tomato
RSS
Container Icon

Kacang Buncis Dwarf ' renek'


Pernah tak lihat kacang buncis renek.  Inilah dia kacang buncis jenis renek.  Pokok ini tidak akan memanjat dan mempunyai buah cukup lebat.  Tanam tiga batang dah memadai.  Saya dah tanam kacang ini hampir lima tahun.  Dan ini adalah generasi yang keberapapun saya dah tak ingat.  Amat sesuai untuk ditanam di rumah.

Saiz buahnya sama dengan sama dengan kacang buncis jenis memanjat.  Rasanya juga sama begitu juga dengan keragupannya.


Inilah rupanya bila ditanam di atas tanah.  Daunnya berlubang kerana dimakan oleh belalang. 



Juga sesuai ditanam didalam pasu.  Sesuai untuk kawasan rumah yang ruangnya kecil.  Sesuai juga untuk digantung.



 Inilah katalog biji benih kacang buncis renek tu.  Benih daripada syarikat biji benih tempatan.  Sebelum jumpa benih ni saya dah tanam benih kacang panjang renek dulu.  Saya jumpa benih kacang ni masa meninjau sebuah kedai biji benih di Air Keroh Melaka. Semasa jumpa benih ni saya memang dah tau kacang ni masih baru di pasaran luar.  Tapi di negara kita masih baru lagi.  Apa lagi cekaulah tiga peket.  Ini adalah yang terakhir.  Tak tau la masih baik lagi ke tak.  Sebab pokok kacang buncis yang dahulu dah hasilkan benih.  Sebab tu simpan yang ini, sebagai rujukan. Saya tak perasan benih ni ada dijual lagi ke tak.  Selalu pergi kedai tu, bila benda yang kita nak dah dapat, tak pandang lagi la ke arahnya.  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 comments:

Ibu Qistina said...

Saya biasa dgr kacang panjang renek je. Rasanya x da pulak kacang buncis renek. Rasa en.is tanam sendiri x jual kut. X pernah nampak. Kat mana dpt benih ni?

Awin said...

menariknya kacang buncis renek. saya baru tanam tapi hasil belum lagi. setakat ni belum berjaya dpt hasil dari keluarga kekacang. apakah rahsianya? any tips?

shafirul suffian said...

wahhh... menarik.. boleh tau dari mana dapat benihnya.. saya pernah lihat dalam kedai online luar negara. tapi kos pos dan harga sangat tidak berbaloi mahalnya.

SriKota Garden said...

Kacang buncis jenis ni mudah dijaga, saya hanya guna baja tahi ayam je. Dan jangan tanam terlalu rapat, untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. Daripada pengalaman sayalah. Tanahnya mesti gembur untuk menggalakkan pertumbuhan akarnya.

PutriPurnama said...

menarik lah kacang buncis renik ni..tak pernah lagi jumpa kacang ni dipasaran.

Unknown said...

Dia nak kawasan panas ke redup...he he kalau nak derma boleh kirim ke: Dr. Hasanah Che Ismail
Jabatan Psikiatri
Hospital Universiti Sains
16150, Kubang Kerian
Kota Bharu.

Awin said...

dr H sungguh frank.....saya pun nk jika nk share benihnya.

nadia rashid said...

uik kacang buncis pun ada jenis renek...:D

GO GREEN said...

dgn muka x malunya lynn pun nak cuba jugala.. kalau ada lg benihnya..

SriKota Garden said...

Inyaallah saya akan poskan dalam masa yang terdekat ni.

Awin said...

Cikgu, Alamat saya seperti di bawah :
Zamzurina Zulkafli, 3 Jalan Pinggiran USJ 3/2, Tmn Pinggiran USJ, 47610 Subang Jaya, Selangor.

Terima kasih cikgu!

Ibu Qistina said...

Saya pun berminat....kalo boleh,bg tau la nama kedai tu ape ya.

SriKota Garden said...

Nama kedai tak berapa ingat tapi rasa ada tulis Gardenic tempat di Batu Berendam belakang pusat jualan kereta Perodua.

Rini said...

menarik. ingat kacang panjang biasa je ada yg renek. kacang buncis pun ada. sy pun nak emel la mcm ni.

mama cta said...

Baru 1st time tgk..menarik & tertarik lah..benih tu awk jual ke? Blh tau mcamana nak dptkn? Blh sms me, siti 0199080915 sbb sy tak selalu on9.

Unknown said...

Salam saya pn teringin benihmya mcm mn yer nak dptkan. Email saya na_nurany@yahoo.com

Anonymous said...

salam, kalau ada benih saya pun nak la, ni emel saya chikworld8888@gmail.com

Juntaian Kesidang said...

Ada lagi...? nak jugak....? kak ani nml59@yahoo.com

azali said...

Salam..ada benih pokok buncis renek ni tak?sya berminat untuk beli.. email sya azali84@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum...salam sejatera..saya amat 2 berminat dengan tanaman nie...boleh tak kirim untuk saya dialamat armah mursidin.wdt 37 jln masjid raya kunak sabah.no fon 0198521763..

Unknown said...

salam.nak tanya, kacang buncis ni masih ditanam ke di rumah?

Unknown said...

kedai kat air keroh tu area mana ea?ada alamat? saya dai tampin, nak cuba tanam kat kebun saya.

Azrul said...

Kacang Buncis Purple rupa jenis renek. Sy nak cari benih .....berapa rm ....boleh pos....

Unknown said...

Kedai uncle tu da x jual benih tu lagi,katenye org komplen pokok tu xhidup lame.

Anonymous said...

Shopee ade jual

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...