Tomato
RSS
Container Icon

PERSIMMON / PISANG KAKI





Ramai yang cakap persimmon tidak boleh hidup dan berbuah di iklim negara kita Malaysia.  Tapi tukang kebun telah membuktikan pokok persimmon boleh berbuah di kawasan panas.  Selepas beberapa pencarian akhirnya dapat juga beberapa variety persimmon antaranya  Jiro, Fuyu, Red Fire Crytal Persimmon dan terkini Black Persimmon.  Seronok tak terkata. Menanam persimmon perlu ada sifat sabar, terutama jika beli 'bareroot'.  Sebab pada perengkat awal penanaman tunas lambat, tumbuh, sebagai contoh anak 'root sucker' yang saya perolehi mengambil masa hampir setahun untuk mengeluarkan tunas.  Tetapi bila sudah bertunas, maknanya pokok dah mula stabil  Jika bernasib baik, tunas tersebut akan terus mengeluarkan bunga dan buah.   Pokok persimmon akan menggugurkan daunnya, dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan tunas semula, kadang kala hampir masa berbulan-bulan.  Pada masa ini tidak perlu siram terlalu kerap.  Bila mula bertunas, maksudnya pokok mula nak berbuah jika 'pokok telah matang'.  Setakat ini Red Fire , Jiro dan satu koleksi dari CH sudah berbuah.  Saya tidak begitu pasti jika tanam melalui biji benih,  sebab tidak pernah cuba menanam dengan biji benih. 

'Root sucker' 

 Ini adalah pokok persimmon pertama dalam koleksi saya.  Persimmon dari Cameron Highland, bukan daripada biji benih dan bukan juga daripada air layer tapi daripada 'root sucker'.  Sebenarnya persimmon boleh juga ditanam melalui 'root sucker' kerana pokok persimmon yang matang akan mengeluarkan anak yang dipanngil ' root sucker' pada pangkal pokoknya.  Saya hanya tanam dalam pasu je.  Biasanya anak daripada 'root sucker' ciri buahnya serupa dengan pokok induknya, kecuali jika pokok induknya adalah cantuman tunas.





Red Fire Crytal Persimmon  dah berbuah, comel dan cantik.  Sesuai untuk dibuat 'Bonsai'.

Berbuah kali Pertama pada 13 November 2017





Pokok kedua sedang berbuah 25 Mei 2018




Jika ada yang berminat hendak menanam persimmon, boleh cuba tapi saya tidak menjual pokok ini ye,  saya sekadar berkongsi.  Dibawah ini antara rakan dan Nursery yang ada menjual pokok persimmon.

Exotic Matahari Nursery Green Mates
Bareroot
Household Farmer 
Ddsp Julia Wilson
Norhayati Sarip




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...