Tomato
RSS
Container Icon

Bakawali vs Dragon Fruit flower

Hari ini adalah hari pertama sesi kursus KSSR Sains Tahun 4 bermula.  Kena bertugas di Daerah Rembau.  Terpaksalah datang awal, ke sana.  Ketika keluar rumah keadaan keliling masih agak gelap lagi.  Jadi berpeluang melihat bunga bakawali berkembang.  Lambat sikit, pasti dah kuncup.  Pokok ini seperti menagih simpati supaya diberi perhatian semula.  Tunggu ya, habis kursus di Rembau akan ku belai semula ye.



w
 Bakawali

 Dan ketika mengundurkan kereta, terlihat pula Dragon Fruit berkembang.  Turun semula snap pula yang ini.  Walaupun bunganya berwarna putih.  Isinya berwarna merah.  Hari ini rezeki melihat dua bunga yang hanya mekar waktu malam, layu siang hari.



 Dragon Fruit Flower


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menanam Herba Thyme Daripada Keratan Batang.


 Sudah beberapa kali cubaan menanam Thyme secara biji benih, pasti gagal.  Akhirnya terlintas di hati untuk memberi Thymes segar dipasaraya.  Biasanya pasaraya besar seperti TESCO, EON ada menjual Herba Tyhmes segar.  Saya potong pucuknya dan cuba menanam secara keratan batang.  Tidak sangka kaedah ini berjaya.  Gambar diatas potongan Thymes berusia dua minggu.  Sudah menunjukkan pertumbuhan pucuk yang baru.  Dengan hanya bermodalkan tidak sampai dua ringgit anda akan dapat beberapa rumpun Thymes anda sendiri.  Cepat mudah dan murah. 


 Keratan Thymes yang sudah mula berakar. 






Antara keratan Thymes yang sudah kualihkan ke dalam pasu. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orchid Flowers

Liparis Lacerata


Coelogyne Mayeriana


Hari ini dua lagi koleksi orkidku menunjukkan bunganya.  Liparis Lacerata dan Coeloyne MayerianaLiparis Lacerata ini sepatutnya dah perlu diganti pasunya.  Dan sesak sangat,  tapi asyik terlupa je.  Ada rakan yang minta tips penjagaan orkid.  Baja yang saya gunakan ialah kepala ikan bilis dan tahi ayam yang dah siap diproses.   Orkid-orkid dalam koleksi saya tidaklah subur sangat, kerana cuaca disini agak panas. Mungkin rakan-rakan blog ada cara yang lebih baik untuk penjagaan orkid.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Red Balsam

Pokok yang bunga yang mesti ada di sekolah.  Pokok bunga ini adalah contoh pokok yang selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah.  Setiap tahun saya kena pastikan pokok ini ada di taman Sains.    Hari pertama persekolahan pokok ini telah menyambut guru-guru dan murid-murid dengan bunganya yang ceria.  Tambahan minggu ini saya adalah guru bertugas.  Cukup senang hati bila melihat dari jauh warna bunganya yang ceria berkembang mekar. 


Pokok ini semai dalam beberapa batang dalam satu tempat.



Balsam Flower

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dragon Fruit




Buah yang hampir dilupakan.  Pada awal tahun 2000 buah ini cukup popular.  Bahkan ditempat kami ada petani yang mengusahakan secara besar-besaran.  Masa tu 1kg buah gred A 'besar' dijual dengan harga Rm 13.00 manakala yang kecil 1kg Rm 10.00.  Tapi sekarang sudah tak ada ladang buah Naga lagi.  Pokok Naga dirumah saya pun agak dilupakan.  Rupanya-rupanya anak saya amat menyukai buah ini.  Kena bela semula pokok ini semula.  Saya membeli anaknya direct dari ladang.  Semasa membeli anaknya pokok ini, tuan ladang ada offer anak buah naga warna kuning.  Masa tu tidak arif sangat tentang pokok ini, beli warna merah sahaja.  Sekarang rasa menyesal pula tidak membeli anak pokok naga warna kuning.  Ladangnyapun dah tak ada.  Dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan batang dan biji benih.  Isinya berwarna putih, unggu dan kuning.  Tapi warna unggu yang paling sedap dan manis.





Sepinggan buah naga untuk hidangan pencuci mulut hari ini.  Simpan dalam peti sejuk lagi sedap.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penyeri My Mix Garden





Cuti sekolah sudah berlalu seminggu. Ini adalah antara penyeri cuti sekolah kali.  Tukang kebun mengambil kesempatan ini untuk mengemas tanaman di My Mix Garden

 Iris masih sudi berbunga walaupun rumput telah menjajah ruang persendiriannya.




 Bunga Bakung Bakawali ini sudah pinggirkan di tepi pagar masih sudi juga untuk mengeluarkan bunganya yang cantik.  Nampaknya akan kualihkan ditempatnya semula.





 Dan ini bunga Tenggek Burung.  Wangi baunya. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...