Tomato
RSS
Container Icon

Bakawali vs Dragon Fruit flower

Hari ini adalah hari pertama sesi kursus KSSR Sains Tahun 4 bermula.  Kena bertugas di Daerah Rembau.  Terpaksalah datang awal, ke sana.  Ketika keluar rumah keadaan keliling masih agak gelap lagi.  Jadi berpeluang melihat bunga bakawali berkembang.  Lambat sikit, pasti dah kuncup.  Pokok ini seperti menagih simpati supaya diberi perhatian semula.  Tunggu ya, habis kursus di Rembau akan ku belai semula ye.



w
 Bakawali

 Dan ketika mengundurkan kereta, terlihat pula Dragon Fruit berkembang.  Turun semula snap pula yang ini.  Walaupun bunganya berwarna putih.  Isinya berwarna merah.  Hari ini rezeki melihat dua bunga yang hanya mekar waktu malam, layu siang hari.



 Dragon Fruit Flower


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

PutriPurnama said...

Alhamdulillah.Bertuahnya ada kedua2 pokok yg.pada saya sangat unik ini.Bakawali macam senang je nak tanam ye.Tahniah cikgu.

TukangKebun said...

Cantik kedua-dua bunga ni menawan hati.
Ada kenalan saya Bunga bakawali dia terkejut kembang tengahari buta.

SriKota Garden said...

Alhamdulillah, banyak benda dikeliling kita yang kita harga. Bunga Bakawali tu mesti terkejut jugak kot.he..he

Temuk said...

Assalam.
Subhanallah. Kedua-dua kembang putih itu memang unik dan ayu. Walau dua-dua Pak Temuk tak pernah punyai, dapat juga tumpang menikmati keindahan masing-masing di SriKota Garden. Thanks for sharing.

SriKota Garden said...

Bila ia telah berbunga terasa bersalah tidak memberi perhatian kepada pokok ini.

Ummu Madihah said...

Salam Srikota,

Sekali pandang bunga dragon fruit kelihatan seperti bunga bakawali versi yg pernah Mak Aji tanam dulu2 tu, cuma beza pada bahagian tengahnya sahaja! Bunga bakawali tu pun cantik terutama filamennya yang merah tu!

SriKota Garden said...

Mungkin sebab pokok ini spesis yang sama 'kaktus'. Sebab tu bunganya hampir sama.

Anuar Ibrahim said...

Ada org cakap embun dlm kelopak bunga bakawali boleh mengubat mata, masa dia mekar waktu mlm titiskan embun yg dlm kelopak pada mata.... Tapi tak pernah jumpa, waAllah hu alam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...