Tomato
RSS
Container Icon

Moringa oleifera




 Pokok Moringa oleifera


Pokok serbaguna.  Pokok ini berguna daripada pucuknya hinggalah kepada akarnya.  Daunnya boleh dibuat sayur.  Kadang kala saya campurkan daun Moringa dalam bubur nasi.  Buahnya sedap dimasak kari. Pokok ini senang ditanam. Potong dahannya dan tanam.  Dalam satu tahun setengah ia dah mula berbuah.  Kalau luck dalam setahun dah berbuah.  Pokok ini juga boleh ditanam daripada bijinya.  Ia mengambil masa dua tahun untuk berbuah berdasarkan daripada pengalaman sayalah.  Pokok ini mudah didapati ditaman perumahan yang ramai penduduknya kaum India.



Hari ini petik semua buah untuk mengelakkan buahnya menjadi tua.   


Proses dan simpan dalam peti sejuk (sejuk beku).  Buah yang dah proses ini boleh disimpan lama.  Boleh masak bila-bila masa walaupun bukan pada musimnya.  Kegemaran keluarga gulai kari daging atau gulai kari ikan sardin campur kacang ajaib ini.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

Ibu Qistina said...

sedapnya buat gulai. banyak kegunaan moringa ni.

zamzurina zulkafli said...

First time tgk.

zamzurina zulkafli said...

Cik srikota dah implement ke project radish dgn anak murid?

SriKota Garden said...

Tak boleh lagi, sekolah tinggal 1 minggu je lagi, lepas cuti baru boleh buat projek radish. Nanti pokok tak ada yang nak siram. Cuaca terlalu panas sekarang ni.

zamzurina zulkafli said...

best ler pulak....apakah perancangannya.... :) saya mmg suka dengan projek2 macam ni.

SriKota Garden said...

Tengok dan lihat

atie @ ejay said...

xpernah makan buahnya.. tp daunnya yg muda sedap digoreng bersama telur:)

TukangKebun said...

Jiran saya ada pokok ni. Banyak kegunaankan pokoknya.

SriKota Garden said...

Buahnya memang sedap, tapi sesiapa yang tak pernah makan, diorang kunyah semuanya. Lepas tu komen, ini sayur ke kayu. he..heee

Ratu said...

baru minggu lepas saya mkn buahnya..tu pon kawan ofis bawa..gulai moringa...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...