Tomato
RSS
Container Icon

Broccoli Romanesco

Akhirnya Broccoli Romanesco aku tuai juga hari ini untuk hidangan tengahari.  Biasalah dah bosan duduk sorang-sorang kat rumah.  Terfikir satu idea untuk menuai sayur ini. 


Sepatut jadi macam ni.  Tapi tak menjadi.


Inilah hasilnya, goreng dengan daun dan batangnya sekali.  Sebab bunganya tak banyak, jadi yang nampak batang dan daunnya sahaja.  Pernah lihat rancangan Jamie Oliver dia kata isi batang yang tengah tu sedap.  Jadi kerana tak mahu membazir goreng sekali.  Rasanya memang sedap manis dan rangup.  Jadi rakan-rakan try tanam brocoli sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 comments:

@na said...

nmpk fresh menu tu...segar dr ldg...moga cpt baik...tk cr

Malay-Kadazan girl said...

Best tu dapat makan Romanesco. Takkan dapat dekat supermarket kalau bukan tanam sendiri.

SriKota Garden said...

Itula kelebihan tanam sendiri, tak perlu ragu-ragu dengan bahan kimia yang memudaratkan. Walaupun tak secomel yang ada kat kedai.

Tiny garden said...

Di mana beli benihnya?

SriKota Garden said...

Beli benih ketika bercuti di Cameron.

gardener said...

nampaknya tak jadilah saya nak order benihnya, rasanya jenis ni perlu cuaca sejuk untuk bentuk kepalanya.

Tiny garden said...

Saya pula menunggu kiriman benih brocoli dari NZ. Kiriman puan sudah diterima. Jutaan terima kasih tak terhingga.

SriKota Garden said...

Mungkin juga rasanya nak try jenis broccoli prouting. Ada tak kawan-kawan yang ada benihnya.

Tiny garden said...

Bila saya dpt benihnya nanti saya kirimkan.

SriKota Garden said...

Terima kasih saya dahulukan kepada Tiny garden.

nadia rashid said...

banyak jugak dapat sepinggan brocoli tu..sy agak pokoknya kecik saja

SriKota Garden said...

Batangnya agak besar, tu yang dapat banyak tu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...