Tebu Telur
Ada enam rumpun semuanya. Disebabkan saya menanamnya, pada musim panas pertumbuhan agak lambat. Tidak sabar untuk menuai hasilnya.
Pokok Tin' Fig'
Akhir berjaya juga mendapatkan pokok Tin ini. Harap-harap boleh pokok ini boleh membesar di My Mix Garden. Terima kasih kepada En Syawal kerana sudi menjualkannya. Daripada penerangan En Syawal buah fig ini berwarna merah. Kena tunggu dalam dua tahun baru berbuah, itulah katanya sebab ditanam daripada biji benih. Kerana terujanya hari-hari belek pokok ini untuk mengelakkan daunnya dimakan ulat.
Kacang Buncis Purple rupa jenis renek.
Walaupun tempat berkebun agak luas. Tapi dalam bulan Ramadhan ni, tukang kebun malas hendak membersihkan batas-batas yang tersedia ada. Jadi jalan yang paling mudah, tanam dalam pasu, untuk memudahkan kerja-kerja selenggara. Tanpa menduga kacang buncis ni adalah jenis renek, memang sesuai la tanam dalam pasu. Inilah dia kacang buncis purple yang ditanam didalam pasu. Rasanya benih daripada Kebun Bahagia.
TAMPAKA FLOWER
Dan ini adalah satu lagi pasu semaian bebawang Tampaka. Mungkin hujung minggu ini akan alihkan di tempat yang sesuai.
Black pepper (Piper nigrum)
Apabila bercerita tentang spice ini, tentu kita teringat Tanah Melayu dijajah kerana adanya rempah ini. Tidak ramai yang menanam pokok ini. Kerana spice ini mudah didapati di negara kita. Sekarang ini, cukup mudah untuk mencari anak pokok lada hitam di nursery-nursery. Hari ini saya menuai buah lada hitam yang ditanam sendiri.
Pokoknya mudah dijaga. Saya hanya menanam didalam pasu. Sehingga hari ini pokok ini masih tidak ada tanda-tanda untuk memanjat. Pastikan tempatnya dikawasan yang agak redup.